Hampir 11 hari berkampung di hospital baru-baru ini, jumlah bil hospital adalah hampir RM13 ribu keseluruhannya.
Ada orang tanya saya, berapalah agaknya yer bil hospital swasta bila duduk lama-lama macam tu. Pakai insurans ke?
Yer, jawab saya.
Saya bukan orang kaya yang mampu bayar bil beribu-ribu.
Namun saya mampu bayar takaful bagi menyediakan pelan perlindungan untuk mereka. Bila anak-anak sakit maka saya tidak perlu risau langsung tentang kos rawatan mereka.
Kenapa tak ke hospital kerajaan sahaja? Kan percuma?
Biarlah, saya masih mampu membayar takaful untuk anak-anak saya. Walaupun hospital kerajaan mempunyai kepakaran terbaik, biarlah.
Biarlah hospital kerajaan kurang sesak, biarkan mereka yang kurang mampu dapat menerima rawatan dengan lebih cepat bila pesakit tak ramai kerana yang mampu dapat ke hospital swasta.
“Dah berapa agaknya bil diorang sejak dulu?”
Keseluruhan bil-bil hospital anak-anak saya sepanjang 6 tahun lepas berjumlah hampir RM60 ribu. Sekali masuk wad kena caj sekitar RM3-7 ribu, dah berbelas kali masuk wad budak kecik 3 orang tu.
Sejak lahir, saya laburkan untuk perlindungan mereka setiap bulan. Seorang RM250 sebulan dan sejak 6 tahun lepas saya dah bayar sebanyak RM36 ribu.
Kalaulah saya tak ambil takaful dan kumpul kesemua duit tersebut di dalam bank, saya perlu korek lagi RM24 ribu untuk membayar keseluruhan bil-bil hospital mereka.
Tapi sebab ada kad medikal takaful, saya tak perlu keluarkan duit. Anak-anak saya dapat duduk bilik single dan saya dapat menjaga mereka dengan selesa.
Duit simpanan dalam pelan takaful diorang masih ada, tak hilang pun walaupun dah guna untuk hospital. Nak masuk universiti nanti dah boleh bawa keluar buat bayar yuran dan belanja.
Begitulah jawapan saya pada beliau.
Pesan saya pada dia lagi, kalau ada anak dan mampu maka ambillah perlindungan takaful (medical card) untuk mereka. Untuk diri sendiri pun ambillah jugak. Tak rugi seposen pun.
Carilah kawan-kawan rapat yang buat takaful, minta nasihat dia dan ambil takaful dari dia, senang dia nak berkhidmat dengan sebab dah kenal kan.
Tapi, tapi, kalau nak ambil dengan saya pun apa salahnya.
Saya sudi dan sedia berkhidmat.
Sekian.







Leave A Reply