Kaki lima depan kedai tu memang milik kau ke? Beli atau sewa kedai memang dapat sekali kaki lima tu yer?
Kalau restoran habis ditapaunya laluan pejalan kaki tu dengan kerusi meja. Kalau bengkel motor atau kereta pun sama, kat situlah dia pomen segalanya.
Kedai perabut pun habis disusun segala barang jualan kat situ juga. Kedai runcit pula kat depan tu lah segala rak roti bersusun. Geng motor pun kat laluan kecil tu jugalah dia parking motor dia.
Yang berjalan kaki ni kena pandai-pandailah cari jalan lain. Kena berjalan di bahagian parking atau atas jalan. Terdedahlah pada hujan dan panas. Terdedah juga pada kejadian ragut.
Kalau kat kaki lima tu selamat lah sikit, jauh dari motor. Geng ragut ni pikir panjang sikitlah tapi kalau kat atas jalan tu memang sedap diorang kerjakan.
Dah ler Malaysia ni panas, kat kaki lima tu lah orang nak berjalan ke kedai dalam teduh. Hujan pun tak kena. Ini tidak, kalau hujan jenuhlah nak menyelit di celah barang jualan atau motor yang sedang dibaiki. Itupun nasib baik kalau ada ruang sikit.
Paling kesian kat orang tua, OKU dan orang bawak stroller baby. Payah sungguh depa nak berjalan. Depa tu dahlah susah nak bergerak, hang pulak ambik hak depa.
Kau tau tak, adalah salah meletakkan barang jualan di kaki lima kedai dan menghalang laluan pejalan kaki ni. Kalau kau nak juga guna laluan tu kau kena mintak lesen.
Dalam AKTA 133, AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 ada peruntukan undang-undang pasal ni. Tapi biasalah, penguatkuasa tak kisah sangat pun. Jenuh dia kalau nak ambil tindakan sebab kebanyakannya letak barang tanpa lesen.
Kalau dia pergi saman nanti kau kata diorang kejam pulak, nak makan duit rakyat jer kerjanya. Lagipun diorang malas nak kacau kau yang nak berniaga. Nanti macam-macam kes timbul di zaman viral ni.
Namun, yang berniaga ni buta hati, keji pun ada. Bersyukurlah kau ada ruang tambahan untuk berniaga. Ingatlah yang ianya bukan milik kau dan ambillah dengan ala kadar. Kita sama-sama kongsilah kerana bukannya hak kau pun.
Had yang dibenarkan mengikut undang-undang hanyalah 2 kaki sahaja dan selebihnya 3 kaki harus dikosongkan untuk laluan pejalan kaki.
Ini tidak, kau nak untung kau jer. Kaki lima kedai tu seolah-olah kau punya. Habis 5 kaki tu kau tapau dan orang lain tak boleh lalu dan guna langsung. Tak pernah fikir pun yang kau tu dok ambik dan guna hak orang.
Memang lah kau syok berniaga, kau buat untung dan penguatkuasa pula tak kacau kau.
Tapi kan, kan, kan, kan,
Esok-esok bila Tuhan tanya kenapa kat dunia dulu kau ambik hak orang dan menyusahkan orang ramai serta buat untung berniaga pula darinya, maka pandai-pandai lah kau jawab yer.







Leave A Reply