Dari kecil lagi aku dah berniaga ni.
Sekolah rendah aku jual donat, letak di kantin sekolah. Jadi tiap-tiap hari aku makan donat yang tak habis, kalau sikit lah. Kalau banyak sedekah kat kawan dan jiran. Jadi aku dan donat ni macam adik beradik lah.
So bila aku beli donat frozen bukan bermakna aku tak reti uli tepung donat na.
Kat sekolah rendah juga, bila waktu belajar agama di masjid aku jual maruku diselang seli dengan karipap. Aku ingat dulu maruku seplastik kecil tu aku jual sekupang. Karipap sebijik pun sekupang jugak. Semuanya sebab nak tolong mak, sebab kami orang susah.
So, setakat buat maruku dan karipap tu aku pun boleh, cuma tak berapa handallah sebab jarang buat.
Masuk sekolah menengah, aku jual rokok dan megi. Ini ikhtiar hidup aku, walaupun salah dan berdosa aku rasa sebab jual benda terlarang, tepi demi tak nak menyusahkan mak abah aku, aku jual jugak.
So, aku dengan megi ni memang kamceng. Megi aku masak memang sedap namati. Rokok pulak aku malas cerita sebab aku dah berhenti.
Habis SPM, aku jual baju dan seluar. Paling champion aku waktu ni adalah menjahit. Kerja aku menjual dan juga alter seluar jeans. Nak potong kaki, nak kecik pinggang, nak pendekkan cawat semua aku reti buat.
So, aku dan menjahit ni waktu tu macam suami isteri lah dia punya rapat. Boleh menjahit sambil makan karipap. Kau boleh?
Masuk universiti aku dah tak menjual sangat dah. Sesekali jual diri kat awek-awek agar diterima jadi pakwe. Jadi pakwe kontrak pun takpe, asal lepas kelas dapat makan free. Tapi biasalah, tak laku sangat pun.
So, aku nekad berhenti jual menjual ni, tak mau dah.
Namun sehari dua ni hampa kata aku asyik jual diri, ehh promo diri. Macam nak cari jodohlah katanya. Kawan sekolah aku kata aku dah gersang, hahaha dia bergurau dan aku tak terasa pun.
Sebelum ni ramai juga yang dok tanya kenapa aku tak cari pengganti dan kahwin cepat-cepat. Ramai juga yang kata aku tak laku. Yelah, warga emas macam aku siapa yang nak kan? Datang pakej dengan 3 anak pulak tu.
Sebenarnya bukan aku tak nak. Demi anak-anak yang masih kecil dan selalu bertanya pasal mak, depa nak ada mak macam kawan-kawan depa yang lain. Jadi aku cuba tunaikan, namun masa belum mengizinkan.
Tak perlu aku cerita berapa lamaran atau pinangan yang aku tolak, berapa banyak ajakan yang terpaksa aku katakan tidak dan berapa ramai yang cuba mendekati namun aku terpaksa menjauhi.
Aku dok menjual diri tu bukan sebab aku desperate tau. Aku ada banyak sangat pilihan kalau aku nak. Cumanya aku tak nak.
Aku dok promo diri konon-konon terrer dan hebat tu cuma nak bergurau-gurau. Lagipun ia menaikkan “self esteem” aku. Paling penting aku seronok baca komen hampa, terhibur aku dikala penat berperang dengan rumah dan anak-anak.
Terima kasihlah semua yer.
Last sekali nak habaq, sebenarnya aku memang terrer pun dan aku sedang tunggu seseorang.
Sekian.







Leave A Reply