• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Kamera Perangkap Had Laju

05/12/2014

Gambar menunjukkan kamera perangkap had laju dipasang di seluruh Jerman. Kamera perangkap hadlaju ini dipasang di merata-rata tempat samada di lebuhraya atau pusat bandar dan paling banyak adalah di kawasan perkampungan dan perumahan.

Dua hari lepas saya terkena speedtrap ini apabila menyusuri kawasan perkampungan di dalam keadaan suram dan bersalji membuatkan saya terleka memandu terlebih laju di dalam kawasan 50km sejam. Tiba-tiba sahaja lampu pijar (flashlight) menangkap gambar kenderaan bersama saya yang ketika itu sedang memandu dalam keadaan tersenyum gamaknya.

Hadlaju dibenarkan di kawasan pusat bandar adalah 50km/j, kawasan perkampungan 50km/j dan kawasan perumahan adalah 30km/j.

Mengikut pengalaman saya, Switzerland mungkin adalah negara paling banyak memasang kamera perangkap hadlaju di kawasan perumahan dan perkampungan.

Saya cuba membayangkan apa akan jadi sekiranya kamera perangkap hadlaju ini dipasang di semua kawasan perumahan dan perkampungan di Malaysia.

Saya ada 4 kemungkinan jawapan yang berlegar-legar di dalam kepala saya. Adakah :-

A. Kadar kemalangan kecil dan kemalangan maut akan berkurangan.

B. Sikap pemandu di Malaysia akan berubah kepada lebih berhemah.

C. Tunjuk perasaan di jalanan kerana membantah pemasangan kamera hadlaju di kawasan tersebut.

D. Kerajaan akan lebih kaya kerana dapat memungut hasil daripada saman hadlaju ini. (Sinis)

Adakah anda tahu jawapannya? Entahlah, I Dont Know 

Share

Blog  / Experience  / Knowledge  / Peoples  / Places

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved