“Kau kunci cintaku di dalam hatimu” …itu kata Kak Ramlah,
Itulah kunci cinta yang paling popular yang saya tahu di dalam hidup saya. Jika disebut saja perkataan itu, pasti teringat kat Kak Ramlah dang terngiang-ngiang irama tersebut. Sungguh hebat Kak Ramlah dengan suara yang sungguh “power” dan bajunya dengan hati yang bercahaya.
Tapi kenapa?
Kenapa saya “out of the blue” bercakap pasal cinta? pasal kunci? pasal Kak Ramlah
Hati saya sudah dikunci?
Bukanlah…..sebabnya di sini..lain bunyinya lagu Kak Ramlah tu.
“Kau kunci cintaku di jambatan besi”…itu kata warga Frankfurt dan..banyak di tempat lain di seluruh dunia, cinta dikunci di atas jambatan.
Bagaimana?
Cinta diungkapkan dengan ukiran di atas mangga besi (padlock) dan dikunci mati di atas jambatan. Ia sudah semcam satu trend dan ia dipanggil Love Padlocks.Β
Love Padlock atau juga dipanggil Love Lock dan di Taiwan di panggil Wish Lock adalah cara atau simbol bagi menunjukkan cinta yang berkekalan (everlasting love)
Ketika saya sedang mengemaskini folder gambar di dalam server, saya terjumpa beberapa keping gambar love padlock ini yang di ambil ketika lawatan saya ke beberapa tempat termasuklah di jambatan besi yang merentangi Sungai Main (Main River) di Frankfurt ini.
Love padlocks di Jambatan Eiserner (Eiserner Steg) Frankfurt
Love Padlocks [In Love – Xenia & Morritz] di atas Jambatan Carl Theodor, Β Heidelberg
Love Padlocks on Love Trees (dibina khas untuk tujuan ini) di atas jambatan merentasi Vodootvotny Canal, Moscow
Love padlocks di atas Namsan Tower, Seoul
Yang ini tidak dikunci – Love, health and happiness wishes di Makam Mahajara Meiji, Harajuku, Tokyo
Pelbagai ragam manusia di dalam membuktikan dan juga menginginkan cinta, kasih sayang dan kesihatan yang berkekalan.
Adakah anda sudah mempunyai mangga untuk dikunci?













21 Comments
Saya rasa tidak lama lagi, benda seperti ini juga akan diwujudkan di mana2 di malaysia.. Hehe…
Sudah semestinya, mungkin dah ada cuma kita yg belum jumpa.
Saya pernah buat kerja ini, konon..mengunci cinta, ketika berada di Namsan Tower, Seoul pada 2009. Itupun rakan yang paksa dan belikan kunci dan pen untuk menulis. Bila ingat balik…rasa lucu pun ada sebab beribu-ribu mangga pelbagai jenis dan bentuk yang dikunci di pagar dan kuncinya dibuang di bahagian lapang bawah menara. Walaupun dah penuh, pengunjung tetap juga nak mengunci di situ. Kalau dapat ke tauke kunci tu, untung besar…hehe!
Lumrah kita untuk menjadi sebahagian daripada “event” atau perkara atau acara untuk kita kenang dan berkata kepada dunia yang kita juga berada di situ dan melakukannya. Ia hanyalah secebis pengalaman hidup untuk dikenang kan? tak lebih daripada itu.
Saya tak pernah mengunci Love Padlock ni (teringin jugak sebenarnya)…kecuali padlock pintu rumah di Malaysia…kat sini tak pakai padlock π
yerp..rasanya sesiapa saja yang berpeluang akan buat begitu, kalau dah ada depan mata..free pulak tu..layan je la. Masa buat tu saya cuma terfikir…at least i was there..bukan nak kunci cinta sangat pun…mwahahaha!
U’ve been there..done that! thats what count kan? π
merancakkan ekonomi biz kunci! (>.<)
Tips,
Betul tu…untung tauke padlock dengan engravers yg meniaga dekat area situ.
setakat ni i cuma kunci pintu gril rumah dan kereta jer..
cinta? sorry! is not there anymore… wahhhh kau! sekali tiba terjumpa soulmate baru terus nyanyi lagu kau kunci cintaku dalam hatimu..siap tempah baju mcm kak ram dgn lampu liplap lagi kat dada… π
LW, jom pi korea!!! nak makan bulgogi…
Net, dah kunci hati sendiri yer?
Haha..soulmate tu dah lama jumpa π cuma entah macaman a boleh ter youtube lagu kak ram tu…”sukarnya..untukku..berpisah denganmuuuuu….kau kunci..cintaku….” wahhhhhh…
Net, u ajak i pi bulgogi kat blog ni..marah tuan tanah karang sebab u ajak i melalui kawasan dia dan tak ajak dia…kehkehkeh!
Psttt..ada satu area dekat office i ada Soul Bulgogi tau..oishiii! Meh la…
LW,
Tu lah…rasa geram pun ada..ada ke tak ajak tuan tanah. π
Kat tepi federal tu apa eh..Plaza pantai ke? ada kan Seoul Bulgogi tu..now dah tukar jadi Seoul Garden..kan?
@KA
err u nyanyi lagu ni KA? unbelievable…
Seoul Garden tu? ada satu kat One Utama dan satu lagi kat IOI Mall puchong..tapi tu mcm bbq steambot.. for me tak berapa nak best ….
@LW
ajak u melalui blog KA ni konon2 nak bagi hint laa time dia balik Malaysia nanti…
serius ada kat area office u? harus nih…. harus nihhh…
Net
..owhhh itu macam ka…okeh ada faham…hikhikhik…ok! ok! nanti kita g seoul bulgogi…harus!
Net…i nyanyi lagu yg jadi juara jer π
Dah balik Msia pastu nak gi Korea? ish tak mo lah…kalau takat Seoul Garden tu ok ler.
seoul garden dont have bulgogy.. i’ve heard that restoran Dubu2 kat Midvalley ada beef bulgogy.. we should try then… no!! we must… π
Ohhhhh…ok ok ok…roger that!
Ouhhh! interesting! pernah pegi Seoul taktahu pulak pasal jambatan kunci ni. Apa2 pon kunci dah hilang, mangga dah retak! Kena beli baru! Hahaha
Mummy,
Kat Seoul tu kat atas menara bukan kat jambatan. Mangga dan kunci tu sementara mampu ni kan beli jer lah baru π
A ahh yg tepi hiway tu..ramai kata marvelous juga tempat tu…ehh dah tukar jadi Seoul garden ek? Err cemane you tau ni..dok German tu..I dok dekat pun tatau..isk? Advance sungguh tuan tanah ni..haha!
LW,
Ish..dah lama tukar tu..rasanya 3-4 tahun dah kot. Sebelum dtg jerman lagi sudah tukarrr la.