• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Kawan

07/02/2019

Semakin meningkat usia kita perlu kawan berbeza.

Waktu zaman remaja, kawan-kawan dari jenis yang kita boleh tumpang.  Yang ada tv atau video VHS player atau video game di rumah misalnya.  Yang ada basikal atau motor atau ada apa sahaja yang boleh kita tumpang.

Bila dah sekitar 20an pula kawan dengan orang yang ada kereta yang boleh kita tumpang pergi mengorat.  Atau kawan yang pelik sikit yang boleh dapatkan apa sahaja barang yang kita nak walaupun pelik-pelik.  Yang boleh dapat tiket bola, tiket konsert serta bahan-bahan terlarang.

Masuk 30-40an, cari kawan lawyer.  Waktu umur macam ni memang banyak nak pakai lawyer.  Nak beli rumahlah, nak bercerailah, nak saman itu inilah, kena saman dengan banklah.  Banyak buat silap, kalau ada kawan lawyer memang banyak membantu.

Masuk umur 50-60an pula cari kawan doktor banyak-banyak.  Cari doktor pakar lagi bagus.  Waktu ni sakit datang tak kira masa.  Semalam tidur elok jer, bangun pagi rasa terseliuhlah, sakit belakanglah, pening ya amatlah, letih dan lesulah.  Macam-macam benda pelik bergusti dalam badan gamaknya.

Begitulah.

Itu adalah petikan dan olahan semula lawak Ray Romano yang saya tengok di Netflix petang tadi.

Namun memang ada benarnya.

Kawan berubah setiap masa dan ketika mengikut tempat dan keperluan yang berbeza.

Sahabat kekal sampai bila-bila.

KHAIRUL ABDULLAH.

Share

Blog  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved