• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Kempen Bebas Beg Plastik

14/01/2017

Pagi tadi pergi pasar dan supermarket untuk beli barang dapur. Kelihatannya beg plastik masih digunakan berleluasa walaupun terpaksa bayar 20 sen.

Berdasarkan pemerhatian, masih ramai yang tidak segan silu untuk membayar 20 sen. Dalam masa beberapa bulan lagi mungkin 20 sen tu dah tak dihiraukan dan orang boleh pejam mata sahaja membayarnya.

Lebih molek sekiranya diwajibkan semua beg plastik 20 sen tersebut digantikan dengan beg plastik mudah urai (biodegradeable) sepenuhnya di seluruh premis perniagaan tak kira supermarket ataupun peniaga jalanan. Lebih elok lagi kalau turut dijual beg kertas dengan harga yang lebih sedikit.

Buat masa ini peniaga hanya “digalakkan” untuk menyediakan beg plastik mudah urai. Maklumlah, kos beg plastik tersebut sudah tentu lebih mahal harganya berbanding yang biasa digunakan. Namun, walaupun ianya harus dijual dengan harga 40 sen setiap satu maka ianya lebih wajar bagi mencapai matlamat kempen.

Mungkin ada perancangan untuk menggunakan beg plastik mudah urai sepenuhnya nanti (tidak tahu bila) kerana tiada maklumat mengenainya di laman web rasmi kerajaan negeri atau di laman web kempen tersebut.

Kalau kekalkan beg plastik biasa tu dan caj pulak 20 sen makanya ia semacam menganiaya pengguna yang sebelum ini beg yang sama diberikan percuma sahaja. Kos beg plastik biasanya sudahpun diserapkan di dalam harga produk, sekarang harga produk pun dah naik, beg plastik pula dapat income lagi.

Untunglah.

Tapi tak mengapalah, nampaknya orang tak kisah pun nak bayar 20 sen tu. Ramai sahaja yang mengangguk ketika di tanya oleh cashier samada nak bayar 20 sen untuk beg plastik walaupun beli 3 barang yang boleh dipegang sahaja. Masih ramai juga peniaga jalanan yang memberikan beg plastik dengan percuma juga.

Jadi adakah kempen tersebut akan berkesan?

Entahlah, masih terlalu awal untuk dilihat dan dinilai.

Ada pandangan lain?

Share

Blog  / Complaints  / Lifestyle  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved