• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Kempunan Bubur

01/05/2017

“Jangan, jangan, jangan”, larang isteri kepada saya ketika ingin mengambil makanan di sebuah restoran.

“Kenapa?” tanya saya.

“Tadi ada sorang mamat ni cedok dan rasa bubur tu dengan senduk dan lepas tu celupkan kembali ke dalam periuk” cerita isteri saya dengan serius.

“Betul ke?” tanya saya dengan serius macam tak percaya.

“Yer, Elmy (rakan kami) bagitau tadi, dia yang tengok” jawab isteri.

Terus kempunan saya nak makan bubur kegemaran di sebuah restoran yang dimiliki oleh Chef terkenal berhampiran ibu pejabat polis siang tadi.

Macamana seorang lelaki dewasa yang cukup sifat dan akal kelihatannya boleh menghirup bubur dengan menggunakan senduk yang dikhaskan untuk orang ramai dan mencelupkan kembali ke dalam periuk.

Ahhhhhh…kes berat ni.

Jarang dibuat orang rasanya.

Jadi kita anggaplah bahawa brader tu terlupa yang beliau kini berdiri di hadapan “buffet line” di sebuah restoran dan bukannya di hadapan periuk di dapur rumahnya.

Begitulah.

Mujur periuk tersebut diangkut masuk ke dapur dan tidak keluar kembali. Mungkin ada staff yang perasan.

Sayalah yang kempunan nak makan.

Hmmmm…

Share

Blog  / Complaints  / Foods  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved