• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Kemuncak Musim Sejuk Di Frankfurt

22/01/2013

Frankfurt Winter - River Main

Pertengahan sehingga ke penghujung Januari biasanya adalah kemuncak musim sejuk di Jerman. Β Suhu biasanya sekitar negatif 2 di sebelah siang dan sehinggalah negatif 10 darjah celcius di sebelah malam.

Kalau tiada salji, suhu akan lebih sejuk daripada itu, di mana angin adalah lebih kuat dan sejuk daripada salji.

Mujur salji turun berterusan di dalam tempoh seminggu yang lalu, jadi tidaklah terlalu sejuk. Namun sekiranya pergi ke kawasan tanah tinggi, suhunya adalah lebih sejuk iaitu sekitar negatif 9 di sebelah siangnya dan turun sehingga negatif 15 di sebelah malamnya.

Hari ini saya sempat rakamkan sedikit gambar suasana musim sejuk bersalji di sekitar Frankfurt.







Sekiranya tidak dapat melihat gambar di atas, sila klik disini

Mungkin ramai yang akan berkata, “wahh..seronoknya boleh main salji” , tetapi hakikatnya – seronok hanyalah sebentar. Untuk datang sekali sekala ke negara 4 musim dan bermain salji adalah seronok, tetapi setiap hari hidup dengan salji ini di musim sejuk adalah sesuatu yang agak membebankan bagi ramai orang.

Bagi saya, tiada masalah walaupun agak membebankan di mana perlu persiapkan diri dengan rapi sebelum keluar rumah dan juga risiko kecederaan akibat terjatuh yang agak tinggi serta sejuk yang melampau – saya anggap itu sebagai cabaran.

Anda pula bagaiman? ENTAHLAH..I don’t know.

signature

frankfurt wintersnow in frankfurtsnow photoswinter in frankfurtwinter in germanywinter photos
Share

Blog  / Photography  / Tips  / Travels  / Weather

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Goodbye Winter, Hello Spring & Daylight Saving Time
25/03/2012

41 Comments


tips
23/01/2013 at 12:50 am
Login to Reply

saya tak tahan sejuk. syukurlah menetap di M’sia… πŸ™‚



    Khairul Abdullah
    23/01/2013 at 10:01 am
    Login to Reply

    Tips,

    Syukurlah kan. Saya bersyukur jer kat mana2 pun πŸ™‚

blu4sky
23/01/2013 at 1:23 am
Login to Reply

salam Khairul,
Subhanallah cantiknya..thank you for sharing those lovely pictures.

yup betul cakap you…untuk datang ke Negara 4 musim bermain salji memang lah best…tapi kalau dah duduk kat situ.. kena menghadap suhu bawah paras beku every year.. it’s not something fun..
tapi apa-apa pun I suka semua musim πŸ™‚



    Khairul Abdullah
    23/01/2013 at 10:02 am
    Login to Reply

    Waalaikumsalam Blu,

    Most welcome. Dan macam you juga, i suka jer semua musim apa pun – namun paling suka musim buah πŸ™‚

eza
23/01/2013 at 3:42 am
Login to Reply

wow..wow.wow..nice photo..boleh rasa sejuknya sampai sini..hahaha..



    Khairul Abdullah
    23/01/2013 at 10:05 am
    Login to Reply

    Eza, sampai eh sejuknya πŸ™‚ Actually tak sejuk sangat. Cuma negatif 2 jer.

Kak Sham
23/01/2013 at 7:32 am
Login to Reply

Assalamualaikum KA,

Dulu masa memula ber-winter mmg seronok.. tp sekarang.. dgn kena kluar stok baju tebal, kena psg heater, anak2 senang dmm & selsema.. winter is absolutely not in my list.
Tambah pulak K.Sham mmg jenis x tahan sejuk. Siang mlm berstokin, baju tebal.. pesen org mcm dlm pantang la pulak.
Tp anak2 mmg sukalah.. tambah pulak bila (diizinkan) mandi dua hari sekali. Not to mention bila dh winter ni mcm2 xtvt yg mak bapak dok innitiate di luar such as bbq, desert camping etc. Kids.. kulit kebal ke dia org ni??

P/s;
Nice pics.. still will not hesitate to confess.. I do envy you.
You stay healthy & keep on doing what you do best.. making your friends happy.



    Khairul Abdullah
    23/01/2013 at 10:11 am
    Login to Reply

    Waalakumsalam Kak Sham,

    Winter ni paling leceh adalah pakaian lah. Nak keluar gi beli roti jer pun…take 10 mins nak dress up πŸ™‚

    Lucky le kat sana winter is dry – so still boleh buat aktiviti kat luar. Kat sini 3/4 winter adalah wet n snow. So jangan harap ler nak ber”bbq” bagai. Kids..bukan kulit kebal, tapi fun tu yg buat diorang tak peduli semua tu.

    p/s : Thank you. Dont envy me kak..nothing to envy about. Anyway..i will do my best to make everyone happy.

Sharifahrosidah
23/01/2013 at 10:16 am
Login to Reply

KA,
Masyaallah cantik nya pemandangan frankfurt di saluti salji.

Masa mula2 akak nak berangkat ke negara 4 musim akak rasa risau kerana akak adalah pengidap asthma yang kronik..takut nanti di serang sakit di sana menyusah kan suami pulak kan…tapi rupa nya sangkaan akak tu tak menjadi…dari akak jejak kaki sehingga akak nak balik ke malaysia tak pernah sekali akak kena serangan asthma…makna nya dalam masa 4 tahun di sana memang langsung tak makan ubat ubatan yang akak bawak dari malaysia….dah lah akak bawak ubat ubat tu stok nya boleh dibuat mini pharmacy.

Yang pelik nya jejak je kaki di Malaysia asthma akak pun datang balik….. Akak pun bertanya lah dengan biras akak yang mengikuti adik ipar akak buat PHD di London….adakah dia kena serangan asthma masa di sana….di pun kata dia tak kena langsung…pelik kan…setahu akak asthma ni memang tak tahan kalau sejuk apa lagi lah snow kan.



    Khairul Abdullah
    24/01/2013 at 9:28 am
    Login to Reply

    Kak Sherry,

    Aah… lah kan, saya pun ada kawan yg asthma ni, tapi nampak dia ok jer kat sini. Memang cuaca sejuk tapi udaranya lebih segar kot…tu yg semua sihat2 belaka πŸ™‚

dieya
23/01/2013 at 4:11 pm
Login to Reply

salam lawatan balas πŸ™‚
thanks for dropping by my blog. org deutchland rupanya ye.

i do love european winter. maybe sebab tempat sendiri takde salji. sekali sekala main salji rasa seronok. but i hate getting those winter rashes. tergaru2 spjg hari mcm beruk kena belacan πŸ˜€

love those pics! remind me so much of the places i went to in frankfurt recently. tercapai hajat di hati nak amik gambar kat euro sign besar tu. did u take any pic of romer in snow? do put them up!



    Khairul Abdullah
    24/01/2013 at 9:30 am
    Login to Reply

    Dieya,

    Yer..Frankfurter πŸ™‚ Luckily for me takd plak kena rashes bagai ni.

    Yeah i do take one photo in Romer square…and wondering myself why i didnt put them up. I will dig it and put em later ya.

m.u.l.a.n
24/01/2013 at 12:26 am
Login to Reply

almost a year in korea yg lamanya masa winter, masa mula2 je rasa seronok.. lepas jatuh tergolek byk kali plus nak siapkan baby pakai winter clothings yang berlapis2 tu, rasa jugak stress.. dah lama baru ok sikit.. tapi rasa rindu jugak dengan snow ni..



    Khairul Abdullah
    24/01/2013 at 9:26 am
    Login to Reply

    So far saya belum ler tergolek lagi..nyaris2 tu dah banyak kali πŸ™‚ Walaupun tak best..tetapi tetap seronok untk tengok snow turun..sbb cantik.

ahkak batik
24/01/2013 at 5:23 am
Login to Reply

beautiful pics!!
Tahun ni Dallas turun snow 2 kali… by the time sarung jeket dan cari kamera, snow dah cair… huhu..



    Khairul Abdullah
    24/01/2013 at 9:32 am
    Login to Reply

    Thanks πŸ™‚

    Sememangnya Dallas adalah tempat yang tidak bersalji yer kak? Or tahun ni jer salji kurang?

fadzilahazman
24/01/2013 at 1:59 pm
Login to Reply

erk…minus 15?sejuk kat msia pun xleh tahan kalo tiba musim hujan…huhuhuh



    Khairul Abdullah
    25/01/2013 at 9:27 am
    Login to Reply

    Err..sejuk hujan pun tak tahan eh..takleh ler main snow kalau camtu πŸ™‚

Niza Kamarudin
25/01/2013 at 3:00 am
Login to Reply

KA, cantik nyer view.. mmg terase kesejukannyer smpi mesia.. thanks for sharing these photo..
Niza mmg teringin nk pegi negara yg bersalji ni.. mmm may one day.. InSha Allah..



    Khairul Abdullah
    25/01/2013 at 9:26 am
    Login to Reply

    Niza,

    Most welcome. Semoga Niza dapat berkunjung ke negara yg bersalji satu hari nanti. Aminnnnn.

June July August
25/01/2013 at 7:10 am
Login to Reply

oh my… dalam gambar pun memang nampak sejuk sangat. kalau betul2 nye tak tau la nak cakap macam mana kan. duduk dalam ofis yang beraircond pun tak tahan. sah aku tak leh duduk sana.



    Khairul Abdullah
    25/01/2013 at 8:24 am
    Login to Reply

    June, datang cuti time summer je lah.

ladywindsor
26/01/2013 at 3:28 pm
Login to Reply

aaa apasal susak bebeno saya nak masuk blog khairul ni ye..ingatkan dah kena block..hehe (sila erase ayat ini)

cantik sangat salji kat ranting pokok tu. saya tak boleh imagine macam mana kalau salji turun kat malaysia..mesti semua stuck sebab dah biasa dengan baju kain cotton dan hawa panas..even duduk dalam aircon kat opis pun depa dah berlapis2 dengan segala baju sejuk bagai. tapi kalau ada peluang memang saya nak rasa sejuk salji tu..

pic salji tu cantik..boleh buat poskad!



    Khairul Abdullah
    27/01/2013 at 12:54 pm
    Login to Reply

    Err…susah nak masuk? Kenapa yer? Saya ingatkan LW dah tak sudi nak baca blog saya πŸ™‚ Nanti dtg sini time winter lah yer..boleh main snow sampai puas.

      ladywindsor
      30/01/2013 at 1:10 am

      yer susah nak masuk, bila saya klik je, terus pi ke blog lama..tu pasai ingatkan dah kena block. maybe internet problem kot kat rumah dan office..ok winter naa…tungguuuu…hehe

rezeki
30/01/2013 at 5:26 pm
Login to Reply

salam KA
nice picture
suka tgk yg ranting pokok tu dok beratur , komposisi yg menarik



    Khairul
    30/01/2013 at 5:30 pm
    Login to Reply

    W’salam Rezeki.

    Terima kasih πŸ™‚

Mohkembara
30/01/2013 at 5:32 pm
Login to Reply

Asslam Yob, Alhamdulillah akak tahan sejuk cuma payah bila keluar rumah dan bila nak masuk public toilet! Like the pix!



    Khairul
    30/01/2013 at 5:40 pm
    Login to Reply

    W’salam Kak Yong,

    Memang tak best lah kan masuk public toilet kat europe ni :). Thanks.

Marya Yusof
10/02/2013 at 5:02 pm
Login to Reply

Hola Khairul!

Baru sempat nak jenguk sini sebab saya mmg takut sejuk! kekekek :p

Lama dah nak singgah bila tgk tajuk entry tapi keadaan tak mengizinkan utk mengadap pc terlalu lama πŸ˜‰

Mmg best kalau sekali-sekali dpt main salji, saya selalu berangan nak buat ABC atau ais kepal dan makan… errkkk… boleh ke? hahaha πŸ˜€

Bilalah Lima, Peru ni nak turun salji! Kalau turun serammm lah pulok!



    Khairul
    18/02/2013 at 2:19 pm
    Login to Reply

    Hola Marya,

    Thanks sebab singgah yer walaupun dengan keadaan yg tidak mengizinkan. Semoga Pn. Marya dan kandungan sentiasa sihat selalu.

    Boleh jer kalau nak buat abc atau ais kepal πŸ™‚

murni alfathunnisa
14/02/2013 at 8:17 am
Login to Reply

salam kenal..

nice blog…great pictures. setuju statement tu. seronok main salji bagi yang sesekali pergi bercuti…tapi perkara biasa bagi yang melaluinya saban hari πŸ™‚



    Khairul
    18/02/2013 at 2:21 pm
    Login to Reply

    Terima kasih dan salam kenal juga buat cik Murni yg sudi singgah di sini.

irfa
26/02/2013 at 8:35 am
Login to Reply

ye..saya ngaku pernah berkata ‘bestnya ada salji’
tp pengalaman penah ke negara musim sejuk,saya rasa susah nak bergerak kalau nak berpakaian berlapis2 mcm tu.hihi



    Khairul Abdullah
    26/02/2013 at 9:28 am
    Login to Reply

    Hahaha..betul tu Irfa. Sesekali main atau merasa snow ni best lah. Tapi kalau tiap2 hari sepanjang winter nak deal dgn snow ni sungguh merimaskan. πŸ™‚

Arif
02/12/2013 at 11:51 am
Login to Reply

saya nak g german januari nnti..ade training di Polytec..
rancang nak jalan2 sane 2 hari..daerah mana yg boleh dpt mknan halal? ade ke tak? 1st time g eropah



    Khairul Abdullah
    02/12/2013 at 12:55 pm
    Login to Reply

    Bergantung di bandar mana anda pergi. Kalau di bandar2 besar seperti Berlin, Munich, Heidelberg, Cologne, Frankfurt, Stuttgart dsb, makanan halal agak mudah didapati. Hanya cari kedai Turki yg menjual kebab. Kadang boleh jumpa kedai Pakistan yang menjual beriyani. Kalau di pekan2 kecil maka amat sukar utk mencari makanan halal dan di sesetengah pekan kecil memang takde langsung. Kalau di Berlin, Frankfurt, Heidelberg maka boleh cari restoran Indon, thai dan melayu yg halal.

Kak Iza
20/03/2014 at 8:39 am
Login to Reply

Germany…Frankfurt,Karslruhe, Ulm, Stuttgart, Weilheim & Munich..Wow!! wonderful memories yg akak dapat semasa ke sana tahun lepas.Masa tu Frankfurt tak turun lagi salji.Hanya Stuttgart dan Weilheim sajer yg dah turun..Gambar2 Khairul ni mengimbau lagi kenangan akak..rasa rindu nak kesana lagi..



    Khairul Abdullah
    21/03/2014 at 12:36 pm
    Login to Reply

    Kak Iza,

    Datang lagi kak…jgn tak datang πŸ™‚ tapi pergi lah negara lain plak yer since jerman akak dah cover.

Muhammad Arif Hasbollah
24/03/2014 at 7:26 am
Login to Reply

ari tu g Frankfurt, Karlshure, Munchen..sume tempat xde salji lagi..kecewa xdpt main salji..



    Khairul Abdullah
    26/03/2014 at 4:12 pm
    Login to Reply

    Tuan Muhammad,

    Tahun ni salji hanya turun 3 kali saja kat Frankfurt ni πŸ™‚ Tetapi kalau datang nak main snow boleh naik train 40minit ke Große Feldberg kat atas bukit..memang snow tiap2 hari.

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

Β© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved