Jangan terkejut!
Tetapi itulah kebenarannya, walaupun pahit untuk ditelan tetapi itulah hakikat yang perlu diterima. Perlu berlapang dada dan ingatlah…ayam ada di mana-mana.
Tetapi ini bukanlah KFC di Malaysia, tetapi di tempat saya – Frankfurt.
Terdapat dua cawangan KFC di Frankfurt yang dimiliki oleh orang islam berketurunan Turki. Jadi kami orang islam di sini hanya mempunyai 2 pilihan tersebut sekiranya teringin sangat nak makan KFC.
Namun, notis telah diterima dari pemilik KFC yang bermula bulan hadapan, premis tersebut tidak akan lagi menyediakan ayam halal.
Patut sedih ke tidak?
Hmmm….ENTAHLAH..I dont know…I think I should not.









28 Comments
oh gitu
atleast dia bagitau awal2 oklah
kita dah tahu mmg tak halal
jgn tak bagitau apa2 dan kita pun makan dgn berselera
KA masak jelah 🙂
Irfa,
yer..gitulah ceritanya. Takpelah..tak mati pun kalau tak mkn kfc. Ayam goreng kunyit sudahhhh.
nasib baik dia habaq klu dak?? renung-renugkan dan selamat beramal..hahaha
Da,
Nasib baik..kalau dak memang makan dgn berseleralahhhh.
Errrr mengapa begitu ya? Melainkan sudah bertukar pemilik KFC itu? sbg Islam sepatutnya mempertahankn mahu jual yg halal …
Pn. Dini,
Rasanya macam tu lah..dah bertukar pemilik gamaknya. Nantilah saya siasat dengan leih lanjut yer 🙂
Non halal sbb org lain take over turkish tu kah? Klu dh terbiase dr kck mkn kepci trase sdih gaak le.. X la sll mkn, tp ble nk mkn kne ade. Ni dh xde trase le sket.. Ahaks..
Beb,
Rasanya orang lain ambil alih – tetapi saya tidak pasti. Kena siasat dulu 🙂 Saya takde ler biasa or suka bebenor mkn kfc tu…sebulan sekali pun belum tentu..dua bulan sekali mungkin..cuma sekali-sekala tu teringin..tu jer. So takde hal lah.
I bet you can cook better than KFC.. You are a good cook! Tp kadang2 tu malas jugak nak masak kan? Yang paling best bayar jer, then terus makan. X perlu nak kemas the mess!
BH,
I cook other thing better than KFC 🙂 Betul tu…nak mengemas tu yg malas sebenarnya.
Assalamualaikum Khairul,
X yah nak sedih. Ayam goreng kunyit pun ada masa lg sedap dr KFC.
& somehow or rather.. pd akak itu lg sedap & lg ORIGINAL..
Kak Sham,
Ish..tak sedih pun…memang ayam goreng kunyit tu lagi sedap…cuma sekali sekala..teringin KFC tu 🙂
waaa tak dapat lah makan kfc lagi ya. tak apa lah cuba goreng sendiri lepas ni try resipi baru pulak mana tau boleh lawan kfc kan ;p
WanAtie,
Ayam goreng jenis lain selalu jer makan…ayam kfc ni just sekali sekala. Takde pun takpe..kalau ada..bagus jugak. Kalau ada resepi lebih sedap pun..tetap nak kfc..sebab tak payah goreng..bayar saja 🙂
bab yang kadang2 teringin tu yang payah sikit even sebenarnya tak makan pun tak apa kan? ayam goreng kunyit pun sedap… put a lot of onion and cili hijau..
kang balik sini beli tepung goreng kfc tapi kalau pandai buat sendiri pun boleh…
Net,
Betul..tak makan pun takpe. Tepung goreng KFC kat sini pun belambak…kat dalam rumah ni pun berpeket2 tak pernah guna pun. Kat rumah goreng ayam kunyit saja..sbb nak mkn dgn nasi..tapi kalau nak ratah ayam saja….tu yg teringin kfc 🙂
aikk rasanya dah komen tadi…hilang pulak. ayam goreng kunyit tu..perghhh! harus la masak petang ni..
LW…ohh dah komen tadi yer? memang takde pun dalam ni or spam box :). Ayam goreng kunyit potong kecil2 macam kedai tomyam ke?
A ah potong kecil-kecil, letak garam kunyit + bawang putih seulas supaya baunya naik. Goreng dengan minyak sederhana banjir dan letak bawang besar + kacang panjang sket…wallaa…masa i pi outstatio kat UK dulu, kami pi 10 hari..lima hari tu dok order ayam goreng kunyit jer kat Mara House sampaikan waiter dah tau apa menu. Pendek kata muka pun dah macam ayam goreng kunyit…yang heran tu masa kat sana je sedap, bila balik KL…hampeh…adehhh la…kat sana sirap bandung poyo pun rasa dan nampak sedap, maybe sebab kat luar kedai salji turun berderai-derai…try buat tu..gerenti sedap, kalah le KFC!:)
LW,
kalau ayam goreng kunyit tu regu dgn tomyam n sambal belacan ala thai dan nasi panas berasap..jgn kata kfc..kenny rogers pun kalah 🙂
biasalah..bila brg tu payah dpt especially kat tempat org..kita lebih appreciate. tu yg rasa lebih sedap tu..kan? kan? kan?
Nampak gayanya kena pi dok oversea lah kalau nak makan sedap..boleh gitu? Kehkehkeh!
yeah..sudah pasti bolehhhh…mari mari jadi perantau…
sangt tidk perlu disedihkan.. sure u boleh buat ayam goreng lagi sedap.. hehe
saya kalau mkn ayam kfc, tidak pernh habis seketul dan selalu rasa menyesal sebb menghabiskan duit beli ayam kfc.
Betul Su..tidaklah saya sedih, susah hati atau gundah gulana kerana jarang2 sekali makan kfc. Cuma the thought of having halal kfc here in jerman just around the corner (6 minutes walk from the house) is so comforting 🙂
Saya pun..normally makan seketul jer..in a good day i can finish 2..never more than that.
Sekurang-kurang merasa juga KFC halal kat sana… Kami kat sini dah setahun tak mamam KFC… Telan ayaq liuq jelah… godaan dimana2…yg penting keteguhan hati/iman…
Tp kat sini org Indonesia belasah je mamam KFC, musafir katanya… ntah, macam tak kisah pun ade… ayam & daging pun selamba beli kat market… opss! terngumpat lak…ngeee
Pn. Marya,
Aah..merasa KFC kat sini. Sebenarnya banyak KFC halal di Jerman ni, di Frankfurt ada 2, di Berlin ada, dan hampir keseluruhan bandar besar ada KFc yang halal. So, kami kat sini tak telan ayaq liuq…kami telan ayam KFC yang rangup diluar dan lembut di dalam yang berperisa original 🙂 heheheh.
Betul..kat sini pun sama, tengok orang Turki, Iran, Indon sama jer – depa belasah. Time bulan puasa pun..penuh kat KFC, Mcd dsb. I pun dah tertumpang ngumpat.
Assalamualaikum,
Tadi siang sy ke shopping mall di Milaneo stuttgart dan ada KFC di area food court. Nampak pulak one of the employee bertudung. Niat di hati nk membeli tapi ragu jugak sebab usha kedainya macam tak ada Halal certificate tu.
Jadinya sy nk tanya pendapat kot saudara khairul tahu berkenaan KFC di sini halal atau tidak? Dh google jugak dan membaca segala pendapat org germany tapi jawapan masih ragu. Berkobar nk tanya sebab status ibu mengidam sy ni. Hehe.
Sy nk juga bertanya, saudara khairul sudah lama menetap di german kan jadinya pandangan org muslim di german ni berkenaan dengan status halal sesuatu makanan tu hanya berlandaskan tiada pork dan alkohol sahaja ke?
Terima kasih.
Waalaikumsalam Farah,
KFC sudah dianngap tidak lagi halal kerana ayam yang diambil bukan dari pusat sembelihan yang halal – itu adalah pengakuan dari pemilik francais KFC. Ramai pemilik KFC berketurunan Islam Turki jadi mereka mengambil ayam daru sumber yang halal, namun setelah KFC HQ Jerman menetapkan yang ayam tidak boleh lagi diambil dari sumber halal maka dikira ianya sudah tidak lagi halal.
Status halal sesuatu makanan bukanlah setakat tiada pork dan alkohol namun daging atau ayam mestilah dari sumber sembelihan yang sah. Namun kalau kalau nak makan ikan atau makanan lain dari sumber yang bukan daging maka ia terpulang kepada anda.
Anda boleh google tentang Fatwa oleh Majlis Agama Eropah mengenai makanan yang berasaskan dari sumber gelatin spt yg terdapat di dalam coklat, kek dan sebagainya adalah dibolehkan untuk dimakan.