
Kalau ada pembaca blog saya yang tertanya-tanya kenapa sudah lama saya tidak menulis, jawapannya – saya sangat sibuk kerana kini saya sudah mempunyai anak.
Khaleef Bin Khairul – itulah nama anak saya. Ramai yang sudah mengetahui yang beliau lahir pada bulan Januari yang lepas. Namun ramai yang tidak mengetahui bahawa Khaleff lahir selepas kami mencuba selama 9 tahun 7 bulan.
Penantian yang sungguh lama.
Kini Khaleef hampir berusia 3 bulan beberapa hari lagi. Saya menyambut kelahirannya bersama seorang bidan dan doktor, saya memotong tali pusatnya, saya mengalunkan azan dan iqamah di telinganya, saya memberi suapan minuman pertamanya, saya yang pertama menukar lampinya, saya yang menanam urinya, saya yang membuat susu untuknya setiap malam tanpa lelah kerana ibunya berhak untuk berehat setelah mengandungnya selama 9 bulan dan bertarung nyawa melahirkannya.
Melihat dia membesar sedikit demi sedikit di depan mata adalah satu anugerah yang tiada tolok bandingnya.
Di sini saya ingin berkongsi kegembiraan saya dengan menunjukkan gambar Khaleef kepada semua yang saya rakamkan semalam. Mungkin ramai yang sudah melihatnya di FB Page saya dan kepada semua yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kesihatan anak saya ini, saya turut ingin rakamkan jutaan terima kasih saya dan isteri kepada semua.
Dikesempatan yang akan datang saya akan menulis bagaimana semua ini terjadi dan saya akan kongsikan pengalaman mendapatkan rawatan serta menyambut kelahiran atau bersalin di negara Jerman ini.
Mungkin juga ramai akan bertanya – “ikut muka ibu atau ayah ni?” ENTAHLAH..I Dont Know, ada yang kata ikut ayah ada yang kata ikut ibu.
![]()



















57 Comments
Tahniah! Baby yg comelllll
Terima kasih tuan 🙂
Wah! Tahniahhh
Terima kasihhhhh 🙂
Salam kenal, Tahniah atas kurniaanNya.
Muliati,
Terima kasih kerana menjengah ke blog saya yg tak seberapa ni dan salam kenal kembali. Terima kasih juga atas ucapan tahniah.
Salam KA…smlm dh tgk budak comei ni kat FB…gerammmmmm nk cubit2 je rasa, penantian yg sgt lama tapi alhamdulillah..berbaloikan dengan anugerah yang paling terindah untuk insan yg bergelar ibu&bapa. Be a soleh son Khaleef!
W’salam Eza,
Alhamdulillah…sangat berbaloiii. Semoga Khaleef menjadi anak yg soleh..Aminnn.
salam khairul,
cepatnya baby khaleef dah tiga bulan..
aunty doakan baby khaleef dikurniakan kesihatan yang baik and menjadi anak dan muslim yang soleh..
best pulak tengok orang ada baby..hehehe,,,,
W’salam Sue,
Aahh..cepat rasanya. Tetiba rasa dah berat bila dukung, tetiba dah tengok dia gelak bila kita acah…Alhamdulillah seronok sungguh :). Mudah2 dimakbulkan doa tu. Aminnnn.
p/s: Nak tambah lagi ke? Dah besar semua tu elok lah tambah yg kecik lagi sorang..hehehe
lol..belum ada rezeki nak bertambah..settle with 3 je kot…hehe
MasyaAllah.. Nikmat kasih sayang ALLAH kn? Lama u guys tunggu. Alhamdulillah berkat sabar membuahkan hasil. Sama la dengan weols bz mengadap amanah ALLAH yg 1 nih. Tahniah bro and isteri.
Beb wonderfulretreats.blogspot.com
Ehh..Beb ke? Pun dah ada baby yer?? TAHNIAH !!!! Syukur Alhamdulillah, nikmat yang tiada tandingannya kan?. Im happy for you guys.
Tahniah Tuan!
saya menanti 5 tahun 6 bulan dan 4 hari. Tuan & isteri diuji lebih lama!
apa pun tahniah!
selamat berjaga malam! hehe
Mr. Khairul,
Terima kasih tuan. Wahhh 5 tahun pun lama jugak tu..cuma saya lebih lama..heheh.
Berjaga malam dah jadi rutin..alah bisa tegal biasa 🙂
Comelnya Baby Khaleef…. 🙂
Daela,
Terima kasihhh 🙂
Alhamdulillah..kalau tuhan nak bagi tu..x kira cepat ke lambat mesti ada kan…Tahniah KA…
Ogosh,
Alhamdulillah, jodoh dan rezeki tu ketentuan Allah, kita cuma perlu berusaha, berdoa dan bertawakkal.
Terima kasih 🙂
@Ainman Haili Ehh..Beb ke? Pun dah ada baby yer?? TAHNIAH !!!! Syukur Alhamdulillah, nikmat yang tiada tandingannya kan?. Im happy for you guys.
Tahniah Tn Khairul…:)
Terima kasih Tn. Ingeniur 🙂
Kami baru balik bercuti dari Tokyo selama semingggu. Tips dari Tn banyak membantu percutian kami. Duduk Apartment setelah book tru Wimdu & Airbnb. Tqvm for your informative cuti-cuti Jepun article…:) ..KUAGW !
Sama-sama. Alhamdulillah, gembira saya mendengarnya 🙂
Congrats Khairul & wife
Terima kasih Aiza 🙂
dah agak, mesti busy dengan si kecil sebab tu blog agak sepi. hehe… oh, faham sangat. semestinya waktu dgn si kecil bam bam itu lebih berharga skrg, more than everything!
Su,
Tepat sekali, si kecil bam bam itu adalah top priority 🙂
Masya'Allah.. wa'tabarakallah..
Penantian yg sungguh berbaloi.
Semoga kaum Adam yg sorang ini kelak membesar menjadi kebanggaan ke dua ibu & bapanya.. insya'Allah..
Comeinya Khaleef….semoga sihat & membesar dgn sempurna..
Semoga menjadi kebanggaan papa & mama setelah sekian lama menunggu…
Twin,
Terima kasih dan mudah2an membesar dengan sempurna spt yg diharapkan. Aminnn.
@Shamsiah Abdul Rahman Alhamdulillah penantian yang berbaloi2. Terima kasih di atas doa Kak Sham, semoga diperkenankan olehNya. Aminnn.
tahniah buat en khairul dan isteri.kirim salam dgn lin….sy wife pd mus….
Ehhh…Reen ke? Terima kasih yer. Kirim salam balik pada Mus.
insyaallah..happy both of u. doakan untuk kami juga….
Mudah2an Reen & Mus juga akan dikurniakan cahayamata satu hari nanti. Aminnnn.
Amin…
Allahuakbar, comelnya ciptaan Allah
semoga mmbesar dgn baik
Irfa,
Alhamdulillah dan terima kasih 🙂
Tahniah… Herzlichen Glueckwunsch zum Nachwuchs :). Pemgalaman melahirkan anak-anak di Jerman memang tak boleh nak dibandingkan dengan di Malaysia, hatta di hospital swasta 😉
Zueyusof,
Danke Sehr! Saya tidak dapat buat perbandingan pengalaman di Malaysia dan di Jerman sbb takde pengalaman di sana 🙂 Tetapi berdasarkan cerita2 orang lain terutama adik2 saya maka pengalaman tersebut sudah pasti sangat berbeza.
As-Salam. Tahniah, harap Khaleef menjadi anak yang soleh. Amin.
Terima kasih Cik Mistree 🙂
Tahniah..
Comel sangat Khaleef
Saya pun sedang menanti baby made in Germany keluar bulan Ogos ni 🙂
Nurul,
Terima kasih. Wahhh..made in Germany jugak yer. Tahniah..tinggal kat area mana?
tahniah bro…….comel nyer khaleef
Tahniah, Dapat juga menatap wajah Khaleef. Penantian yang sungguh bermakna.
Saya cari blog ni (sebab pernah baca before this). Kalau google roti jala mesti akan divert ke page ni.
Alhamdulillah. Allahuakhbar.
Sy menunggu juga, tahun depan dah 6 tahun (kesat sket air mata heheh).
Harap boleh share pengalaman mendapat anak syurga ni.
Happy parenting~
Tahniah2 Terbaikkk!!! Alhamdulillah
Terima kasih sahabat!
i hope it is not too late to wish congratulation for your newest edition… salam dr lia sg buloh…
i hope it is not too late to wish congratulation for your newest edition… salam dr lia sg buloh…
@Sherly Manson RD Terima kasih Lia. Awak apa khabar?
Khairul Abdullah alhamdulillah sy sihat je…i just got married last august to my ol schoolmate…an airforce officer… balik malaysia we meet up ok..leh tgk your baby…comel sgt!
Khairul Abdullah alhamdulillah sy sihat je…i just got married last august to my ol schoolmate…an airforce officer… balik malaysia we meet up ok..leh tgk your baby…comel sgt!
Sherly Manson RD Alhamdulillah..Tahniah sekali lagi. Sure will 🙂
Tahniah karu