• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Khaleef Khairul – Hello World!

15/01/2019

Terjumpa gambar-gambar sewaktu di hospital tempat Khaleef dilahirkan.  Seronok betul pengalamannya, berbeza sangat.

Nama saya: Khaleef Khairul

Dilahirkan pada: 10 Januari 2014
Pada: 11:27 malam
Berat saya: 2745 gram
Dan tinggi saya: 48cm
Dan ukurlilit kepala : 33cm
Mereka yang ada ketika saya dilahirkan:
Mommy, Daddy, Bidan Chika Hamisch dan Dr. PfeifferCap kaki pertama saya.

…..

Begitulah tulisan yang tertera di dalam kad tersebut.  Saya tak tahu di mana arwah isteri saya simpan kad tu, saya pasti ada lagi.

Baby tidak dipakaikan tag pengenalan hospital tetapi akan dibuat gelang khas daripada bead (manik berhuruf) yang dicantumkan mengikut namanya kemudian dipakaikan kepada baby dan diikat mati.

Ini keadaan di dalam bilik bersalin. Ketika sedang menunggu.

Macam bilik hotel, lampu boleh dimalapkan ikut keselesaan.  Ketika proses bersalin, lampu turut dimalapkan juga mengikut kehendak dan keselesaan isteri saya.

Sewaktu Khaleel lahir di hospital Putrajaya, saya minta nurse padamkan satu lampu kerana terlalu terang dan isteri saya sangat stress ketika itu.  Saya kena marah dan kena gelak dengan nurse.  Mana boleh main tutup-tutup lampu katanya.

Hahaha padan muka aku.

Inilah makan tengahari yang diberikan pada hari pertama selepas bersalin.  Agak-agak lalu tak nak makan?

Salad karot, sour bread dengan cheese, pisang dan biskut.  Air teh bunga kalau tak silap.

Ini paling best.

Kat wad ada pantri macam ni.  Segala mak nenek lengkap.  Ada coffee machine dan ada pelbagai pilihan kopi, coklat dan teh.  Ada maggi, ada sup, gula, krimer, salt n pepper.

Lepas tu ada berkarton air mineral yang pelbagai jenis.  Ambillah, semua percuma — in Frankfurt, Germany.

Share

Blog  / Experience  / Nostalgia  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved