• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Khutbah Jumaat

29/01/2016

Abang bagi Khutbah Jumaat.

Petang-petang macam ni meh abang nak bagi khutbah sikit pada adik-adik dang abang-abang semua. Apakah tujuan kita ke masjid setiap tengahari Jumaat?

Nak beribadat kan?

Jadi kalau nak beribadat, maka pastikanlah amal ibadat kita tu dibuat dengan ikhlas. Selain itu jangan pentingkan diri sendiri dan mengambil hak orang lain ketika nak beribadat.

Nampak tak dalam gambar tu?

Itu adalah laluan pejalan kaki. Laluan itu dibuat bertujuan untuk pejalan kaki berjalan menuju ke masjid. Itu hak pejalan kaki kerana ia dibuat oleh pihak masjid kepada mereka. Hak meletak kereta anda adalah di ruangan atau petak yang dibuat khas. Kalau dah penuh, cari tempat lain.

Jangan dicuri hak orang lain.

Abang teringat tulisan Cikgu Abd Ghani Haron pagi tadi. Dalam tulisan beliau, saya petik di https://www.facebook.com/abdghani1202/posts/1054549231231877

Sebuah hadis nabi menyebut,”Sungguh aku berjalan bersama saudaraku yang Muslim untuk sebuah keperluan lebih aku cintai daripada beri’ktikaf di masjid ini (masjid Nabawi) selama sebulan…” (HR. Thabrani di dalam al-Mu’jam al-Kabir)

Difahamkan dari maksud hadis ini bahawa memenuhi hajat seseorang itu lebih baik dari membuat ibadat sunat, ibadat khusus. Hal ini ditambah kukuh dengan sebuah lagi hadis nabi,

“Manusia yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat bagi manusia, dan pekerjaan yang paling dicintai Allah adalah menggembirakan seorang Muslim, atau menjauhkan kesusahan darinya, atau membayarkan hutangnya, atau menghilangkan laparnya” (Riwayat Thabrani)

Jadi dengan menghilangkan kesusahan pejalan kaki ke masjid adik-adik dan abang-abang secara tak langsung akan turut menggembirakan hati mereka. Allah cinta orang yang macam ni dik.

Ini tidak, awak main sedap parking jer. Asal ada nampak tempat kosong awak parking. Tak pedulilah sekat laluan pejalan kaki ke, sekat laluan motor ke. Atas rumput sampai langgar pokok bunga pun awak hentam jugak. Peduli apa..aku nak sembahyang Jumaat ni.

Ubahlah sikap tu adik-adik dan abang-abang yer.

Kalaupun anda tidak boleh memberi manfaat kepada orang lain – janganlah menyusahkan dan menafikan hak orang lain.

Boleh kan? kan? kan? Entahlah..I Dont Know.

Sekian, khutbah Jumaat hari ini.

KHAIRUL ABDULLAH
Bapa Komplen Kebangsaan

(Nak lawan Tuan Khairul Hakimin Muhammad – Bapa Brownies Kebangsaan)

Share

Books  / Complaints  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved