• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Komen Paling ‘Win’

11/08/2017

Ketika artikel berjudul “Sikap Orang Kita Yang Acah-Acah Tuan Besar” di Ikea tular awal minggu hari tu, ada komen yang memerli dan menghentam saya.

Ada yang bertanya tempat yang saya makan tu halal ke?  Ini soalan lazim yang sering saya terima.  Seolah saya ini tidak tahu menilai atau memilih makanan yang halal atau haram.  Macam saya ini tiada agama bila ditanya begitu.  Tapi tak mengapalah.

Komen paling “win” menyuruh saya tinggal terus di Jerman dan jangan balik ke Malaysia.  Katanya kalau dah Melayu ni kolot kenapa saya menulis dalam bahasa Melayu?

Serentak dengan itu juga beliau telah diserang oleh pembaca-pembaca lain mempertikaikan komen beliau.

Kemudian beliau telah edit komen tersebut dan menambah lagi beberapa perenggan dengan menuduh saya gilakan like dengan menghina Melayu dan saya juga pro-Jerman serta orang lain yang menyokong saya sebagai macai.

Padahal semua yang komen tu bukanlah follower page saya pun.

Namun, selepas tambahan komen tersebut, beliau mula menerima serangan bertubi-tubi selama 4 hari 4 malam dengan ratusan komen menghentam beliau.

Akhirnya mungkin beliau mengaku kalah dan telah memadamkan komen tersebut. Saya sempat screenshot sedikit untuk kita baca dan nilaikan.

Adakah rakan-rakan pembaca sekalian (yang telah membaca artikel tersebut) merasakan artikel saya itu menghina Melayu?  Tiada satu Melayu pun yang saya tulis di dalamnya.  Apa yang saya tulis adalah Malaysia, merujuk kepada semua tak kira kaum.

Korang bacalah dan nilailah sendiri komen beliau tersebut.

Saya tidak padamkan nama profail FB tersebut kerana ianya adalah “fake account”, tiada nama sebenar, tiada rupa sebenar.  Akaun tersebut juga sudah tidak saya jumpa lagi.  Mungkin sudah dipadamkan atau mungkin saya sudah kena block.

Entahlah.

Share

Blog  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved