• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Komen Post Viral

13/12/2018

“X guna dh nk minta maaf.. Dia xkn kembali lg utk ko ucap kata tu dkt wife ko..”

Itu antara komen yang boleh dibaca apabila post saya 2 hari lepas menjadi viral.  Sejujurnya saya okay sahaja.  Namun kalau mula-mula dulu saya sentap juga.

Alah bisa tegal biasa.

Mula-mula dulu post saya viral ketika saya menulis di blog.  Saya baca semua komen di page viral dan end up saya sentap dan jadi sakit hati.

Dah puluhan tulisan saya viral dan banyak saya belajar darinya.  Antaranya jangan sesekali pergi skodeng komen-komen di page viral atau di wall orang.  Boleh tidur tak lena dan jadi murung.

Saya tidak menulis cerita kontroversi, saya jarang mengulas isu semasa, namun orang yang membaca pasti ada sahaja yang tak akan pernah bersetuju dengan saya.  Ada yang menghentam di komen dan ada yang menghentam di pm.

Saya tenang-tenang sahaja.

Oleh itu saya hanya membaca dan membalas komen di wall sendiri sahaja.  Sebolehnya saya mahu balas kesemuanya.  Sejujurnya saya tak dapat nak berbuat demikian.  Namun saya cuba juga.

Itu pun ada juga pembaca yang tak berpuas hati.  Maafkan saya.  Tak dapat dan tak sempat saya nak jaga hati kesemuanya.

Ini jalan yang saya pilih.

Saya memilih untuk berkongsi dan memberi inspirasi.  Jika ada yang rasa ianya bermanfaat maka saya bersyukur, jika tidak maka saya tidak boleh berbuat apa-apa.

Bagi korang yang ada posting viral nanti, jangan rajin pergi baca komen-komen orang.  Murung nanti.

Begitulah.

Bagi yang menggemari penulisan dan perkongsian saya, boleh “follow” dan set “see first”.

Bagi yang tidak, boleh “unlike” sahaja.

Selamat datang follower ke 40,706.

KHAIRUL ABDULLAH
#diariseorangsuperdaddy

Share

Blog  / Experience  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved