• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Kowteow Sup SuperDaddy

25/01/2020

Ini “comfort food” aku dan anak-anak.  Bila-bila sahaja kami boleh makan benda alah ni.  Ni gambar breakfast tadi.  Nak masak pun mudah yakmat.

Ni aku up lagi sekali resepi Kowteow Sup SuperDaddy Khairul Abdullah untuk semua.  Takde tumis-tumis bagai.  Rebus sahaja.

Barang yang kau kena beli:

1 pek kowteow
1 ketul dada ayam
1 peket fishball
1 peket fishcake
1 pek kiub pati ayam
1 ikat sayur sawi dan atau brokoli, kalau kau tak makan tak payah beli
1 ikat daun sup dan daun bawang
Yang lain barang tu dah ada kat rumah

Cara nak masak dia senang ya ampun.

1. Bersihkan ayam, masuk dalam periuk dan masukkan air dalam 1 liter.  Lepas tu rebus dan biarkan mendidih.

2. Sambil tu kau potong fishcake dan fishball tu.

3. Dah mendidih tu masukkan fishcake dan fishball tadi.  Lepas tu masukkan 1 kiub pati ayam.  Kacau-kacau sekejap dah tutup api.  Siap dah sup dia.

4. Jerang air sampai mendidih, lepas tu kau bilaskan kowteow tu dengan air panas mendidih tu lepas tu toskan.  Kalau kau makan sawi dan brokoli maka potong dan celur dengan air panas tadi dan toskan.

5. Kau Google dalam periuk tu dan cari isi ayam, keluarkan dan carik-carikkan dan letak dalam satu bekas.

5. Seterusnya bahan nak sedap yang kau kena ada adalah minyak bawang putih. Kau potong bawang putih dan goreng dengan api yang paling perlahan sampai bawang kekuningan dan tutup api dan masukkan minyak dan bawang tadi dalam satu bekas.

6. Paling penting juga kena ada sambal kicap.  Paling mudah, potong cili, masukkan kicap dan perah limau. Settle.

7. Kau hidangkanlah.  Masukkan kowteow, tuang sup, lepas tu masukkan minyak bawang putih, masukkan sambal kicap, masukkan sayur dan hias dengan daun bawang dan daun sup.  Potong limau letak tepi.

Terus cun.

Sekian.

#ResepiSuperDaddy

Share

Cooks  / Recipes

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved