Semalam ada pembaca hantar gambar kepada saya menunjukkan keadaan sebuah tandas yang “diserikan” dengan lampin pakai buang bayi.
.
Ada juga gambar lain dalam simpanan saya keadaan tong sampah yang dipenuhi lampin, tuala wanita dan sebagainya yang meloyakan. Malas nak tunjuk di sini.
.
Kesian tandas tu.
.
Sudahlah kena berkhidmat menelan sisa, dikotor-kotorkan pula oleh orang-orang yang tidak bertamadun. Sedih melihat tandas yang dihiasi dan diserikan dengan segala jenis sisa tisu, plastik, kotak dan puntung rokok, tuala wanita dan juga lampin bayi.
.
Paling kita sedia maklum alasan atau sebab kenapa ianya berlaku adalah tong sampah yang penuh. Dah tahu penuh, kenapa nak dibuang di tepi, di atas atau di belakang tong? Carilah tong lain.
Atau, bawalah sisa atau sampah tadi ke tandas lain atau tong lain.
.
Eleh, kau cakap pandailah..kata orang pada saya.
.
Yer, saya cakap pandai sebab saya buat. Saya dan isteri sentiasa bawa plastik sampah kecil bersama setiap kali keluar rumah. Isteri akan pastikan lampin anak dimasukkan ke dalam plastik dan dibawa untuk dibuang ke tempat yang betul.
.
Bukan main longgok atas tong sampah atau di tepi sinki. Kalau tak jumpa tong kami bawa pulang sahaja sisa tadi. Kalau menginap di hotel pun kami asingkan lampin anak menggunakan plastik yang dibawa dan tidak menggunakan tong sampah hotel bagi menjamin kebersihan tong sampah yang bakal digunakan oleh orang lain pula.
.
Jadi susahkah untuk membawa plastik kecil sebagai persediaan jika tong sampah penuh? Boleh digunakan sementara untuk buang lampin, tisu, pad dan sebagainya sebelum jumpa tong sampah yang sesuai dan tidak penuh.
.
Sangat mudah sebenarnya.
.
Namun sebab sikap dan mentaliti orang kita yang sangat tidak bertamadun dan mementingkan diri sendiri, maka keluarlah jawapan “ada aku kesah?” atau “buat apa nak bersusah payah?”
.
Paling best, “Aku bayar 20 sen kot, atau 50 sen kot untuk masuk tandas ni. Jadi duit aku bayar tu untuk apa? Biarlah cleaner tu yang cuci dan bersihkan.”
.
Baguslah macam tu.
.
Kalau kita kemas dan bersih tandas sangat pun makcik-makcik cleaner tu nanti takde kerja pulak yer. Kesian diorang nanti susah dan takde duit untuk sara hidup.
.
Jadi kita teruskanlah dengan budaya membuang segalanya ke dalam bilik air dan tandas. Tak payah flush juga selepas guna, nanti ada orang seterusnya atau makcik cleaner akan tolong flush.
.
Dah memang kerja dia kan?
.
Memang jamban sungguh mentaliti orang kita ni.
.
Jadi tak perlulah kita malu bila kebanyakan tandas perlu meletakkan notis “sila pam selepas guna” atau “sila jaga kebersihan tandas”, “jangan buang tuala wanita ke dalam tandas”, “jangan buang lampin bayi di sini” dan juga segala jenis poster berkaitan cara penggunaan tandas yang betul.
.
Memang perlu pun. Orang kita memang kita perlu diajar dan diingatkan. Itu pun masih tak buat.
.
Orang luar gelak jer tengok notis sebegitu di tandas kita. Orang Malaysia ni tak reti guna tandas sampai nak kena letak notis suruh pam dan sebagainya?
.
Kucing tak perlu notis pun tapi lepas berak dia kambus balik oiiii!!!
.
.
.
#mentalitijamban
#untunglahmalaysiamasihaman
#khairulabdullah







Leave A Reply