Jawapan – Ini adalah Tasik Bled, Slovenia.
Terdapat sebuah pulau kecil yang mempunyai gereja dengan 99 anak tangga di tengah tasik tersebut. Pelawat boleh menaiki bot ke pulau kecil itu dengan bayaran €15 dan 15 minit perjalanan.
Menurut legenda tempatan, Kuil Dewi Živa Slavic, merupakan binaan asal di pulau tersebut sebelum dibina gereja Baroque ini. Kuil ini hilang semasa pertempuran antara penganut agama Pagan dan Kristian, yang memusnahkan altarnya lalu dibina sebuah gereja dengan menara loceng sebagai ganti.
Pengunjung Kristian akan ke gereja tersebut dan membunyikan loceng (dengan menarik talinya) sebanyak 3 kali bagi mendapatkan tuah dan dimakbulkan doa.




Believe It or Not
/
Blog
/
Knowledge
/
Places
/
Travels







Leave A Reply