Lagi sepuluh hari? Betulkah?
Bilakah tarikh pilihanraya umum yang sebenarnya? Saya dimaklumkan yang tarikh mengundi lagi 10 hari. Seingat saya tarikh yang diumumkan adalah pada hari Ahad, 5hb Mei 2013 – sekitar 17 hari lagi.
Macamana boleh tiba-tiba sepuluh hari lagi?
Rupa-rupanya itu adalah tarikh mengundi bagi pengundi tidak hadir atau pengundi pos seperti saya. Kami akan mengundi lebih awal iaitu pada hari Ahad, 28hb April 2013.


Pengalaman Mengundi.
Secara jujur saya katakan yang saya tidak pernah mengundi. Bukan tidak mahu, tetapi setelah menjadi pengundi berdaftar dan pada 3 kali pilihanraya yang lepas saya bekerja di hari pilihanraya. Bukan sebab majikan tidak memberikan cuti atau sebaliknya tetapi saya terlibat secara langsung dengan proses pilihanraya itu sendiri. Makanya tidak dapat pulang ke kampung untuk mengundi.
Bagi orang yang berniaga seperti saya, waktu pilihanraya adalah waktu untuk menambahkan pendapatan syarikat yang serba kecil. Jadi beberapa undi saya terpaksa korbankan demi undi orang lain. Kalau ketika itu saya dan anak2 buah tidak bekerja – maka ramai orang lain pula tidak dapat mengundi.
Daripada ribuan orang yang tak dapat mengundi akibat dari kegagalan sistem penyemakan berkomputer di pusat pengundian, baiklah kami hanya 4-5 orang yang tidak mengundi.
Namun kini, saya sudah tiada terbeban dengan projek di hari pengundian lagi. Sepuluh hari lagi saya akan membuang undi untuk kali pertama.
Akhirnya saya dapat memilih siapakah yang saya akan pertanggungjawabkan dan memberi amanah untuk menjaga kebajikan serta memberi kesejahteraan kepada kaum keluarga, sahabat handai, jiran tetangga, masyarakat , negeri serta negara saya yang tercinta.
Harapan saya, dan juga harapan semua rakyat Malaysia saya pasti semua inginkan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan bijak mentadbir serta bebas rasuah dan juga penyelewengan. Kita sebagai rakyat di sebuah negara demokrasi bebas untuk memilih sesiapa sahaja untuk menjadi wakil kita tak kira samada di parti mana pun beliau berada.
[quote]Cuma, janganlah jadi terlalu taksub. Janganlah membenci jiran tetangga akibat berlainan parti, janganlah bermasam muka dengan ayah dan ibu mertua kerana tidak sefahaman dan sealiran dengan anda..[/quote]
Di dalam tempoh 11 hari parti-parti politik berkempen nanti, pelbagai peristiwa akan berlaku. Emosi setiap individu akan bertambah panas, sejuk dan sebagainya. Cuma, janganlah jadi terlalu taksub. Janganlah membenci jiran tetangga akibat berlainan parti, janganlah bermasam muka dengan ayah dan ibu mertua kerana tidak sefahaman dan sealiran dengan anda dan janganlah membenci, bermusuhan atau menyindir sekalipun rakan-rakan anda sekiranya mereka berlainan parti dari anda. Kita sesama manusia haruslah saling sayang-menyayangi, apatah lagi sebagai seorang islam. Kita adalah bersaudara. Jadi jangan tanamkan sifat kebencian dan permusuhan tersebut hanya kerana berlainan fahaman politik.
[quote]Kita semua boleh undi lain parti tetapi boleh duduk satu “party”[/quote]
Suka untuk memetik kata-kata seorang rakan saya, seorang kolumnis berita yang kini berada di Hong Kong juga sebagai pengundi pos “Kita semua boleh undi lain parti tetapi boleh duduk satu “party””. Jadi, undilah parti mana pun yang anda rasakan boleh mewakili anda dan membuat perubahan seperti yang anda inginkan – namun selepas itu biarlah kita sama-sama masih boleh berada di dalam satu “party” hari lahir, doa selamat, kenduri-kendara dan sebagainya.
Jadi saya dengan ini dalam masa sepuluh hari lagi akan “courierkan” satu undi saya buat negara saya Malaysia.
Adakah anda juga seorang pengundi pos seperti saya? ENTAHLAH..I dont know.
![]()







22 Comments
KA kat sini sekarang dah perang poster..sangat2 meriah..so colorful..saya mengundi di kelana jaya…1st time experience gak…x tau la camna rasanya..selamat mengundi semua.
Eza, samalah kita yer. Selamat mengundi dan buatlah pilihan yang bijak.
selamat mengundi khairul..saya sendiri baru 1 kali mengundi 🙂
On the way tu lumut last week..ikut jln dlm..wah meriah perang poster..hihihi
Sue, selamat mengundi untuk anda juga. Teringin nak tgk poster yang sangat meriah tu. Nanti tolong ambil gambar dan blog kan yer. 🙂
KA (Frankfurt),
Saya pun undi pos dan kali ini adalah kali kedua saya mengundi kerana pada 2004, KA Perak mendaftarkan nama saya di negerinya..
Kali ini saya terpanggil mengundi mungkin kerana ‘geram’ dengan tugas di kilang kertas yang semakin kalut mencetak cerita pengundi seluruh negara..mengundi punya pasal, cuti kami dibekukan sejak Disember last year..haaa rasa nak reput dah tulang sebab tiada cuti…
Ok selamat mengundi!
Haha..baru nak tanya kenapa ada dalam kurungan (Frankfurt). Baru teringat sebab adanya KA Perak. Haha..must distinguish…nanti orang konpius.
Kepada pekerja kilang kertas yang sungguh berdedikasi..selamat mengundi untuk anda juga. 🙂
haha..dah agak mesti heran kenapa ada Frankfurt kan.
Ok pekerja kilang kata TQ..sat lagi ni dok ada meeting dengan Pak Ni (Zaini..) pulak..langsung tak leh balik awai!
Ohhh..i tot i jer panggil dia Pak Ni. You all pun sama eh.
ehh takk we all panggil dia Chief..haa kelassz gitu kan..i remember that u address him as Pak Ni, tu pasai tulis gitu..
Ohhh…Chief. Mcm ali baba bujang lapuk tu yer? hehehe
kat sini dah happening dengan bendera dan poster..macam-macam replika ada.
selamat mengundi buat kali pertama utk KA
Cik Murni,
Up ler sikit gambar kat blog tu. TQ yer 🙂
Ini kali ketiga utk saya mengundi. Selalu teruja.
Saya suka sistem 2 parti yg ada skrg, memberi peluang rakyat membuat pilihan bijak dan rasional. Politik matang adalah pertembungan idealisme dan dasar2 parti bukan lagi serangan peribadi. Ka ching!
Semoga mereka yg bakal dipilih kelak, sedar yg mereka itu bekerja utk rakyat bukan sebaliknya. Mereka mewakili kerajaan Malaysia bukan mewakili parti masing2. Democracy..by all means, `The People’s Power’.
Selamat mengundi buat Khairul dan semua.. 🙂
Ye betul..wakil rakyat kena bekerja untuk rakyat! Selamat mengundi untuk Eliza buat kali yang ke-3. Syabas!
marilah mari.. pergi mengundi…
selamat mengundi KA. ni patutnya kali ke 5 buat kaktek..(tua nya daku) tp miss buat kali ke 2. Gelombang plg hangat kali ni.. err ini kali… err…LAH… err bukan sengaja nk hasut undi tau… hahahaa..
sambungan….
tunaikanlah kewajipan..pada negara. 🙂
Hahaha..tak mau hasut2 tau. Selamat mengundi buat kali ke-5 utk Kaktek.
Salam En. Khairul,
Saya pun akan mengundi buat pertama kali. Tak sabar rasanya..hehehe. 🙂
Haa.. baru pertama kali?? Hahaha…Ramai la plak yg baru 1st nak mengundi ek. Nampknya ramai tahun ni yg ‘pilih untuk mengundi’.. haha
Kat Terengganu, meriah yg amat! Jalan raya jadi teduh, replika jet pejuang, kereta kebal, wau bulan, tak terkira banyaknya, dan besar2!
Su dah berapa kali mengundi?
Nampaknya tahun ni ramai yang berpeluang mengundi dan mungkin ramai yg dulu tak mengundi memilih tahun ini. Kenapa yer? 🙂
tak tahan sungguh bab mengata2 parti lain esp sesama Islam ni masa berkempen dll tu… ramai educated tapi tak tau mana pi akal masing2… macamana generasi muda2 nak belajar benda yg baik.. esp anak2 kecik ni.. dah tak beli newspaper & tengok news sangat sebab kids tanya macam2.. nak jawab pon tak larat.. apa2 pon kena undi hehehe…
Itu lah…mengata individu itu dan ini dsb sungguh tak baik kan. Kempen tu cerita lah pasal kemajuan, kebajikan, pembangunan..apa nak dibuat, macamana nak tolong rakyat..bukan kata orang itu jahat lah dan sebagainya. Akai tadak!
Macam2 perangai sungguh orang politik ni kan.
selamat mengundi:)
kali ni kali kedua sy memangkah undi..tak sbr nk balik kg,saje xnk tukar alamat..undi sy penting utk kg sy..hehehe,jb kubu kuat lgpun dah maju dibandingkan negeri n kg sy