• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Lagu Raya Cina

29/01/2017

Setiap kali dengar lagu raya Cina, saya akan secara otomatik dibawa mengimbau kenangan di awal tahun 1992. Selepas tamat SPM saya berkuli dengan seorang tauke Cina di sebuah kedai menjual pakaian di terminal bas dan feri Butterworth yang terbakar 10 tahun kemudiannya.

Di tingkat atas terminal tersebutlah saya dan seorang rakan bekerja sedari jam 9 pagi hingga 10 malam. Pada hari pertama bekerja, tiba waktu rehat kami hanya duduk diam di stor. Bila di tanya oleh Tauke Lee, kenapa tak keluar pergi makan tengahari, dan jawapan kami serentak – tak ada duit.

Dengan modal hanya RM2 yang ada setelah puluhan ringgit yang dibawa selama beberapa hari dihabiskan dengan mencari kerja dan menyewa sebuah rumah kampung di Bagan Ajam, kami hanya ada baki RM2 cukup untuk buat tambang bas pergi balik kerja selama 2 hari.

Untuk 3 hari sebelum itu pun kami hanya membeli sebungkus nasi goreng sehari dan kongsi makan seorang separuh setiap malam. Jadi bila Tauke Lee tanya kenapa tak keluar makan, rasa nak bergenang air mata menahan lapar.

“Nah ambil RM20 seorang untuk belanja, nanti kalau dah habis atau tak cukup bagitau saya lagi” tambah beliau.

Maka dengan RM20 seorang itu kami hidup berjimat cermat dan makan masih berkongsi sebungkus sehinggalah hari gaji yang pertama. Gaji yang diterima hasil penat lelah sebanyak RM380 itu sangat besar nikmatnya.

Bekerja di situ selama hampir 5 bulan mengajar saya banyak perkara. Erti kesusahan, persahabatan dan betapa bernilainya setiap sen yang dapat hasil dari titik peluh sendiri. Betapa susahnya ibu ayah di kampung menoreh getah untuk mendapatkan beberapa ratus ringgit setiap bulan bagi membesarkan kami 8 beradik.

Pengalaman tersebut tambah menguatkan saya.

Penguhujung tempoh saya bekerja adalah bulan di mana jatuhnya Tahun Baru Cina. Hampir sebulan lagu raya Cina yang dipasang oleh Tauke Lee menjadi halwa telinga dan ada beberapa lagu yang saya boleh hafal akhirnya.

Jadinya, setiap kali berkumandang lagu yang kedengaran tidak asing di telinga saya maka terus saya akan terkenangkan Tauke Lee serta isterinya serta kawan-kawan Cina saya yang turut sama bekerja di situ dan yang banyak mengajar saya tentang perniagaan dan juga kemahiran menjahit.

Kami bagaikan sebuah keluarga kecil.

Tiada rasis dan saling menghormati.

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kawan-kawan serta rakan pembaca semua. Semoga kita semua hidup rukun damai di negara yang bertuah ini.

Share

Blog  / Experience  / Nostalgia  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved