• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Lana Thoughts

31/07/2019

Korang pernah baca apa yang budak 11 tahun tulis?

Korang pernah jumpa budak 11 tahun yang tulis dengan sedap?

Kalau belum maka jom saya perkenalkan kalian dengan Lana atau nama penuhnya Nur Lana Darwisya.

Anak 11 tahun, seorang autistik yang memiliki kad OKU ini adalah permata yang sedang bersinar.  Ibunya baru sahaja mengesan bakat dia dalam penulisan.

Hari pertama tulis dah dapat dekat seratus share.  Post yang ketiga dah lebih banyak share dia.  Kita yang menulis bertahun ni pun payah nak dapat like, apatah lagi share.

Siap ada page yang dah petik artikel dia.  Dia tulis pasal diri dia, pasal situasi dia, pasal autistik dia.  Dia tulis pendek sahaja tetapi padu menusuk untuk kita orang dewasa ni baca.

Tadi saya baca tulisan dia pasal “maaf”.  Pendek sahaja kisahnya tetapi sangat mengesankan.

Allahuakbar.

Sebagai penulis, saya sangat kagum dengan anak kecil ini bernama Lana ini.

Jom ramai-ramai follow Lana dan berikan sokongan buat seorang anak kecil yang bakal menakluk dunia dengan tulisannya.

.

#LanaThoughts
#AspergerSyndrome
#AutismAwareness

Share

Blog  / Peoples  / Reading

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved