Bamm!! bunyi dentuman kuat. Nampak satu sosok tubuh melayang terbang apabila dilanggar kereta ketika cuba melintasi jalan semasa lampu masih merah.
Bagi seorang mat motor yang gemar langgar lampu merah bila line clear, kali ni dia tak bernasib baik. Kali ni dia kena langgar dengan kereta.
Pernah sekali lihat sebuah motor dilanggar oleh lori. Tetapi kali ni lori pula yang langgar lampu merah. Bila lampu dah hijau motor ni pun lintaslah jalan, sampai depan petak kuning tak semena-mena ada lori datang dan berdentum terpelanting mat motor tu.
Mujur tak mati.
Entahlah.
Orang kita ni ingat lampu merah tu orang cipta untuk suka-suka kot. Main langgar jer suka hati. Patutlah jumlah kemalangan maut di Malaysia ni antara yang tertinggi di dunia.
Ada dua jenis manusia yang langgar lampu merah ni.
Pertama – jenis yang “beat the light”. Bila lampu kuning dia tekan bagi laju, bila dah sampai simpang lampu bertukar merah dia belasah, sebab nak brek dak tak boleh.
Lagipun dia tahu ada beberapa saat lagi sebelum lampu di sebelah sana bertukar hijau.
Ada juga jenis pemandu yang tak kisah langsung. Lampu dah merah 3-4 saat dah pun dia belasah juga.
Kedua – jenis yang asal line clear jer dia langgar. Biasanya mat motor lah. Lampu masih merah, tapi takde kenderaan dari arah sana atau ada ruang untuk dia cilok maka dia langgar.
Geng ni adalah antara yang selalu kena langgar jugak ni.
Kalau geng kereta pula, biasanya di trafik light yang tak sesak, takde kereta dan dia akan langgar.
Tak betah nak menunggu lama-lama.
Katanya, kereta tak ada, line dah clear, apa tunggu lagi.
Jalan lah.
Hanya pemandu yang betul-betul berintergriti sahaja yang sanggup menunggu lampu merah bertukar hijau ketika jalan kosong atau takde kenderaan lain.
Langgar lampu merah adalah kebiasaan bagi orang kita. Bila biasa maka ia akan menjadi budaya. Bila dah jadi budaya, semua orang tak kisah lalu tidak ada perasaan bersalah ketika melakukannya.
Apatah lagi untuk merasa berdosa kerana membahayakan nyawa sendiri dan orang lain ketika memandu. Perasaan berdosa ketika melanggar undang-undang memang tiada di dalam kamus pemanduan orang kita.
Takut berdosa kepada Allah pun tidak apatah lagi nak takut kat undang-undang trafik.
Who cares! Saman kita bayar.
Itupun kalau masih hidup lah.







Leave A Reply