• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

LAVE Republic

20/06/2019

Superdaddy yang rambut serabut macam aku ni tak boleh pakai shampoo biasa-biasa.  Kena yang special, terbaik, untuk kekal kachak secara semulajadi.

Lalu aku pakailah syampu arang dari LAVE Republic yang diorang hadiahkan kat aku sempena Hari Bapa hari tu.  Mulanya tengok syampu berbentuk sabun ni rasa zaman sekolah jer dulu pakai sabun buat syampu ni.

Akan tetapi, lepas aku cuba, kekachakan semakin terserlah.  Aku malas nak selfie bagi korang tengok sebab korang kaki komen, kaki skodeng pun ada.  Tak nak aku kalau korang terpikat nanti.

Lepas syampu, mandi guna pula sabun Men In Black.  Tudiaa, mentang-mentang aku gelap, depa bagi sabun tu.  Mujurlah ianya tidak menggelapkan namun sangat menyegarkan.  Bau dia macam citrus sikit, macam arang sikit.  Entah tak tau nak describe, memang best.

Sabun kat anak-anak pun diorang sponsor jugak.  Tapi aku belum cuba, aku takut satgi si kecik tu dok ulang pi makan.  Maklumlah rupanya dah macam sedap untuk dimakan.

Produk untuk orang perempuan pun mestilah ada, lagi banyak kot.  Korang bolehlah pergi IG dan website diorang untuk tengok produk apa yang korang berkenan.  Segala mak nenek produk penjagaan diri diorang ada.

https://www.instagram.com/laverepublic/
http://laverepublic.com

Korang yang masih belum bagi hadiah kat suami tu boleh beli giftbox Superdad dengan hanya RM48 sahaja. Untung-untung bertambah hemsem lah laki korang.

Bagi orang lelaki pula, korang yang nak jadi super, boleh suruh bini belikan benda alah ni. Sedap oihhh, lepas pakai dan-dan tu rasa kachak.

Ha, jangan tunggu. Asyik bini jer tag korang sampai korang geram dan marah kat aku kan? Apa kata kali ni korang pula tag bini, paksa dia beli dan biar habis duit dia.

Ha ha ha.

#laverepublic

Share

Blog  / Lifestyle

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved