Alkisah di sebuah restoran makanan segera.
Seorang gadis naik angin dan marah-marah kepada pekerja kerana banyak meja yang hendak didudukinya tidak berkemas. Ketika itu waktu puncak, pelanggan tersangat ramai.
Nak tak nak pekerja yang tersangat sibuk terpaksalah melayan kerenah gadis tadi. Di kutipnya sisa, disusun segala tray, cawan dan sebagainya dan dilap bersih meja tersebut kemudian menyambung kerjanya di kaunter.
Bertabahlah wahai pekerja restoran makanan segera di Malaysia.
Di seluruh dunia, restoran sebegini mengamalkan konsep layan diri. Sendiri pergi order, sendiri ambil makanan, sendiri makan, sendiri kemas dan sendiri blah.
Tak perlu pekerja nak mengemas bagai. Habis makan dan kau kemas sendiri kemudian orang lain datang boleh terus duduk dan makan di situ pula.
Di kampung kita ni, kita tuan besar bai. Mana boleh kemas-kemas meja semua ni. Kita mahu masuk dan petik jari sahaja. Kita ada duit, kita bayar, maka kita perlu dilayan. Lepas tu kita makan mengalahkan haiwan, berterabur sisa atas bawah. Kemudian kita bising kenapa meja tak berkemas.
Nama Islam, rupa Islam, pakaian Islam, tapi pengotor bukan main. Nak kemas meja pun malas apatah lagi nak bawa tray dan sisa ke tempat yang dikhaskan.
Parahhh.
Jadi kepada para pekerja restoran makanan segera, korang cakaplah dengan bos, gajikan pekerja tambahan untuk mengemas dan membersih segala bagai.
Cakap kat dia, ini bukan oversea, ini Malaysia. Cara hidup, adab dan tatasusila kita unik dan sangat berbeza.
Kalau bos kau kata ada peningkatan kos, maka kau suruh bos nipiskan burger, kurangkan fries atau kecilkan saiz ayam atau pakai ayam yang mati eksiden.
Kah kah kah.
#untunglahmalaysiamasihaman
#mentalitijamban
#khairulabdullah







Leave A Reply