• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Layanan VVIP

01/10/2017

Petang semalam saya ke UPSI memenuhi jemputan para pelajar Kelab Penulisan Kreatif & Deskriptif – kreatif UPSI untuk berdiskusi tentang Mentaliti Jamban dan berkongsi pengalaman tentang dunia penulisan.

Seronok ya amat bila dilayan seumpama menteri.  Dijemput di kereta, diiring ke dewan, semua berdiri hormat sehinggalah saya duduk.

Untuk saya dilayan seperti seorang VVIP itu adalah satu penghormatan yang sangat besar buat saya.  Alhamdulillah.

Sepanjang saya dijemput ke sekolah-sekolah dan universiti di dalam berkongsi idea dan pengalaman, layanan semuanya adalah sama dan sangat hebat.  Saya tidak pernah mengharapkan semua itu.

Namun mungkin atas dasar hormat mereka kepada tetamu, maka saya dilayan bagaikan raja.  Sehingga apabila waktu makan pun saya disendukkan nasi dan lauk pauk.

Selesai majlis, diiring pula pulang ke kereta bersama cenderahati dan lambaian mesra tanda terima kasih.

Terkadang rasanya tak layak pula dilayan sampai sebegitu sekali.  Saya hanya mampu bersyukur dan berterima kasih.

Buat semua sekolah-sekolah dan juga unviersiti-universiti yang pernah meraikan tetamu yang kerdil ini, jutaan terima kasih saya ucapkan.

Semoga kehadiran saya di laman kalian memberi sedikit manfaat untuk semua.  Layanan mesra kalian akan saya kenang selamanya.

Terima kasih,

Terima kasih,

Terima kasih.

Share

Blog  / Events  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved