• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Letupan Gegar Frankfurt di Malam Tahun Baru

02/01/2013
fireworks

Letupan demi letupan seolah-olah di medan perang bunyinya menggegar keheningan malam Frankfurt. Adalah pelik sekiranya bandar Frankfurt ini hingar-bingar selepas jam 9:00 malam. Kebiasaannya sunyi sepi.

Namun, semalam adalah malam terakhir tahun 2012 – semua orang bergembira menyambut kedatangan 2013.

Saya juga tidak terkecuali.

fireworks

Semangat nak menyambut tahun baru bermula sejak 3 hari yang lalu di mana kedai serta pasaraya di seluruh Jerman mula menjual bunga-api dan mercun. Selama 3 hari semua kedai dibenarkan menjualnya kepada orang ramai. Namun hanya dibenarkan bermain pada 31 Disember selepas jam 7 malam sehingga awal pagi 1 Januari.

Saya, isteri dan seorang rakan mengadakan parti makan-makan di rumah saya – nasi kerabu, ayam percik dan juga soto.

Selepas makan, menonton movie sehingga jam 11:30 malam barulah kami keluar ke dataran Alter Oper (Old Opera House) berdekatan rumah saya iaitu kira-kira 3 minit berjalan kaki.

Seperti biasa, orang ramai dah memenuhi perkarangan dataran yang kecil itu.

Bunyi letupan bunga api berlarutan selama beberapa jam lagi di sekitar Frankfurt sebelum semuanya sunyi pada jam 4 pagi.

Jadi, macamana sambutan tahun baru anda? Seronok? ENTAHLAH..I dont know…tetapi saya berharap yang terbaik untuk anda semua.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua rakan bloggers serta pembaca blog saya, dengan harapan semoga tahun 2013 ini memberikan kita lebih kebahagian serta keberkatan. Aminnn.

 

bunga api tahun baruSambutan Tahun Baru 2013 di Frankfurt Germany
Share

Blog  / Events  / Places

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

9 Comments


Izu
02/01/2013 at 2:07 am
Login to Reply

Bestnya rumah dekat dengan dataran tu, boleh tengok fire crackers alive. Kami duduk di East London maka duduk dalam rumah je hehe..



    Khairul Abdullah
    02/01/2013 at 2:24 am
    Login to Reply

    Ohh…kat London takde jual bunga api ke?

ladywindsor
02/01/2013 at 2:36 am
Login to Reply

Kat area rumah saya residencenya tak ghairah main bunga api, maybe depa sibuk buat persiapan sekolah anak. Selamat tahun baru untuk khairul dan wife…

tahun baru, harapan baru! yes…



    Khairul Abdullah
    02/01/2013 at 3:07 am
    Login to Reply

    Selamat tahun baru utk LW juga…tahun baru harapan baru..yeahhhhh 🙂

su
02/01/2013 at 3:01 am
Login to Reply

Happy new year! Hebatnya sambutan kt sana yer.. Kat Trg ni, lebih terperinci lagi, kat Kg. Kedai Buluh ni, detik meninggal 2012, dan menyambut 2013.. saya sudah lena diulik bunyi renyai hujan, suara cengkerik dan katak bersahutan.. 😀



    Khairul Abdullah
    02/01/2013 at 3:09 am
    Login to Reply

    Su..saya pun kalau rumah jauh dari bandar, pasti dah lena diulit bunyi mercun 🙂 Sebab rumah tengah bandar..jadi banyak aktiviti boleh buat.

eza
03/01/2013 at 8:25 am
Login to Reply

happy belated new year KA..heheheh..sambut tahun baru kat depan tv je sambil dengar bunyi bunga api macam raya la pulak..semangat baru, azam baru, target baru..tahun saspen sbb anak nk amik upsr..semoga semua berjaya dengan azam masing2 ye..cikidaut!



    Khairul Abdullah
    04/01/2013 at 5:53 am
    Login to Reply

    Eza,

    Terima kasih 🙂

Sharifahrosidah
05/01/2013 at 6:04 am
Login to Reply

happy new year juga buat khairul dan wifey, malam new year akak macam biasa lah pegi makan2 kat rumah adik yang duduk di Kl…pastu karaoke reramai.



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved