• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Maklumlah Syurga Itu Gerenti Katanya

12/03/2017

Apa yang membuatkan hujung minggu kau “spoiled”?

Bila kau dengan anak bini sedang berborak di dalam kereta bercerita tentang indahnya cuaca pagi usai sarapan di gerai kegemaran kau sekeluarga.
.
Sampai di lampu isyarat, tiba-tiba kau nampak ada sampah terbang keluar dari kereta di hadapan kau.
.
Terus mata kau terbeliak sambil mulut mula terkumat-kamit menyeranah. Hasrat kau adalah hendak turun, kutip sampah dan rasa macam nak campak balik jer masuk dalam kereta tu.
.
Malangya lampu dah hijau pulak.
.
Kau pun gerak dan cuba menghampiri sebab nak tengok muka malaun mana yang berperangai sebegitu. Dah nak sampai dekat kau perasan kereta dia ke kiri ke kanan, dan kau mula nampak yang dia sedang bercakap telefon.
.
Patutlah ke kiri kanan kiri kanan. Hati kau bertambah panas.
.
Kau cuba nak lalu tepi dan tunjuk muka “hulk” kau yang kehijauan tu kat dia, tetapi dah lampu isyarat merah pulak kat depan. Jadi kau plan nak berhenti sebelah dia agar kau dapat cam muka dia betul-betul.
.
Manalah tahu kot-kot dia ada anak dara dan satu hari nak berbesan dengan kau pulak. Mintak simpang.
.
Dah dekat sampai lampu isyarat merah kau pun perlahanlah, namun kau nampak kereta tadi terus meluncur laju melanggar lampu merah yang baru sahaja dibaiki selepas dilanggar oleh kereta yang eksiden akibat melanggar lampu merah juga beberapa hari lepas.
.
Kau mengeluh panjang.
.
Penat rasanya melihat orang sebangsa dan seagama dengan kau berperangai macam gini.
.
Maklumlah syurga itu gerenti katanya.
.
Entahlah…
.
+++++++
.
Ehh, kau jangan percaya pulak. Ini hanya kisah dongeng semata-mata. Orang kita mana ada buat perangai macam tu ye tak?
.
#mentalitijamban
#untunglahmalaysiamasihaman
#sarcasm
#khairulabdullah

Share

Blog  / Complaints  / Experience  / Lifestyle  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved