Sudah lama saya tidak menulis dan berkongsi cerita. Sudah lama saya tidak memasak dan mengambil gambar untuk dikongsikan di dalam blog ini dan yang paling penting adalah sudah lama saya tidak pulang ke Malaysia.
Namun pada malam 6 Februari yang lalu saya berangkat pulang ke tanahair. Bukan untuk bercuti namun untuk menziarahi emak mertua yang terlantar sakit di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.
Kami sering berhubung dengan “mama” (panggilan untuk emak) dan sanak saudara di Malaysia melalui telefon dan juga Skype. Kami juga dimaklukan yang sejak akhir-akhir ini emak kembali sakit. Sebelum berangkat pulang, isteri ada menerima panggilan daripada mama dan beliau berkata sekiranya tak sempat berjumpa, mendengar suara kami sudah cukup buat beliau…satu ayat yang cukup mendebarkan jantung kami suami isteri.
Jadi, keesokan harinya kami membuat keputusan untuk pulang dengan penerbangan yang paling awal. Malangnya tiada penerbangan terus ke KL pada hari tersebut dan terpaksa menaiki pesawat Singapore Airlines pada malamnya. 12 jam kemudian pesawat mendarat di Changi dan transit selama 2 jam sebelum berlepas ke KL dan tiba di KLIA pada jam 8.00 malam hari Khamis.
Dari KLIA kami terus ke Shah Alam, kami singgah untuk berjumpa dengan adik beradik saya dan makan malam sebelum pulang ke kediaman kami di Bukit Jelutong. Cadanganya untuk tidur sekejap selama beberapa jam sebelum bertolak balik ke Alor Setar, namun mata tidak mahu pejam dan sekitar jam 3.30 pagi saya memandu pulang ke Kedah.
[quote]Ibu mertua saya adalah seorang penghidap kanser serviks. Beberapa tahun yang lepas – ketika kanser telah dikesan, pembedahan telah dibuat bagi membuang kanser tersebut dan beliau turut menerima rawatan kemoterapi.[/quote]
Setiba di hospital, Jumaat 8hb, ketika waktu melawat bermula, kami bergegas untuk melawat mama. Kepiluan melanda melihat beliau yang terbaring di katil pesakit. Ketika terbangun dari tidur dan melihat kami pulang, beliau menangis kerinduan.

Ibu mertua saya adalah seorang penghidap kanser serviks. Beberapa tahun yang lepas – ketika kanser telah dikesan, pembedahan telah dibuat bagi membuang kanser tersebut dan beliau turut menerima rawatan kemoterapi.
Alahamdulillah, setelah menerima rawatan beliau kembali sihat. Namun begitu – menurut doktor, rawatan kemoterapi harus diteruskan kerana sisa-sisa kanser masih ada namun beliau berdegil untuk meneruskannya kerana pada bulan ramadan tahun 2011 beliau tidak dapat berpuasa kerana rawatan tersebut dan pada tahun 2012 ini beliau ingin berpuasa. Jadi rawatan kemoterapi tidak diteruskan.
Semenjak itu, beliau kembali sakit.
[quote]Mama sudah tidak boleh bergerak dan berjalan – hanya bangun untuk duduk ketika makan, kemudian akan kembali berbaring. Makan minum, mandi, kencing dan berak semuanya harus dijaga oleh anak-anaknya. Cabaran yang besar buat isteri saya. [/quote]
Mama terbaring menahan sakit – sesuatu yang tidak kami jangka ketika berbual melalui telefon. Mama dijadualkan untuk pergi menunaikan umrah pada 7hb Februari (pada hari ulangtahun ke 7 arwah suaminya) bersama adik serta sanak saudara yang lain. Beliau berkeras untuk pergi, namun kami melarang kerana keadaanya ketika itu yang tidak membenarkan. Doktor juga tidak membenarkan beliau pergi.
Mama dimasukkan ke hospital pada hari isnin 4hb dan selepas 4 hari kami pulang dan dapat berjumpa dengannya. Mama masih petah bercakap dan menceritakan keadaanya walaupun dengan keadaan yang lemah. Isteri saya tinggal di hospital untuk mengambil giliran menjaga mama dari kakak dan adiknya.
Mama sudah tidak boleh bergerak dan berjalan – hanya bangun untuk duduk ketika makan, kemudian akan kembali berbaring. Makan minum, mandi, kencing dan berak semuanya harus dijaga oleh anak-anaknya. Cabaran yang besar buat isteri saya.
Di hari yang kedua kami di hospital – isteri masih bertungkus lumus menjaga mama. Isteri saya masih belum tidur sejak kami berangkat pulang pada malam Rabu yang lalu dan ketika ini sudah hari Sabtu. Ketika waktu makan tengahari, mama tak mahu makan, katanya hendak makan bersama anak dan menantunya. Jadi saya bergegas membeli makanan untuk kami bertiga. Mama hanya makan 2-3 suap, tidak sedap katanya dan mulutnya pahit. Jadi saya menyuapkan agar-agar untuk beliau dan habis semangkuk kecil.
Ramai saudara datang menziarah ketika ini dan beliau masih kenal dengan semua orang yang datang.
Namun pada hari Ahad, mama sudah mula mengambil masa untuk mengenali orang yang datang melawatnya. Pada hari Isnin, nampaknya beliau sudah mula lupa. Beliau banyak menghabiskan masa dengan tidur sahaja. Saya berasa tidak sedap hati.
Mama dijadualkan untuk menjalanai MRI pada keesokan harinya. Apa sahaja yang akan berlaku pada mama adalah bergantung kepada hasil daripada ujian tersebut.
[quote]Namun panggilan telefon daripada kakak yang mengatakan ujian MRI tidak dapat dijalankan dan doktor memerlukan kebenaran dari semua anak-anak sebelum melakukan ujian tersebut kerana risiko yang sangat tinggi – kami membatalkan hasrat untuk pulang. [/quote]
Namun, kami turut dijadualkan pulang ke Frankfurt pada hari Selasa 12hb malam, dan tidak dapat menunggu untuk mengetahui hasil keputusan dari ujian MRI tersebut. Jadi pada hari Isnin malam – setelah selesai berbincang dengan semua adik-beradik tentang tanggungjawab masing-masing serta perkara yang harus dilakukan sekiranya ada apa-apa yang bakal berlaku hasil dari keputusan ujian MRI -kami mengucapkan selamat tinggal kepada mama dan memandu pulang ke Shah Alam.
Hari Selasa, kami berhajat untuk keluar membeli barang-barang keperluan untuk dibawa pulang ke Frankfurt pada sebelah malamnya. Namun panggilan telefon daripada kakak yang mengatakan ujian MRI tidak dapat dijalankan dan doktor memerlukan kebenaran dari semua anak-anak sebelum melakukan ujian tersebut kerana risiko yang sangat tinggi – kami membatalkan hasrat untuk pulang.
Selepas subuh – saya bergegas memandu kembali ke Alor Setar. Tiba di hospital pada waktu melawat jam 12.30 tengahari. Mama hanya berbaring, beliau sedar namun tidak dapat lagi bercakap, sudah tidak kenal saya siapa. Kemudiaanya jururawat memberitahu yang doktor pakar akan berjumpa dengan kami semua – namun yang ada pada ketika itu cumalah saya, isteri dan seorang kakak.
Doktor pakar memberitahu yang MRI tidak dapat dijalankan dengan secepat mungkin kerana kemudahan hospital yang terhad. Peralatan yang tidak mencukupi dan sebagainya. Sebelum dimasukkan ke Hospital Alor Setar, kami bertegas mahu mama masuk ke hospital swasta, namun mama tidak mahu kerana katanya failnya semua ada di situ (Alor Setar) dan doktor-doktor semua sudah mengenalinya. Kami akur.
[quote]Akibatnya – mama akan terus menerima bantuan pernafasan daripada tiub dan mesin yang mengakibatkan koma. Jadi – kami harus membuat keputusan samada untuk meneruskan MRI.[/quote]
Menurut doktor lagi – risiko MRI terhadap mama adalah sangat tinggi kerana mama sering bergerak (menahan sakit) dan untuk menjalankan MRI mama harus didiamkan. Bantuan pernafasan akan diberikan melalui tiub dan sekiranya kembali sedar – terdapat kemungkinan yang mama tidak akan tahu bernafas secara normal lagi. Akibatnya – mama akan terus menerima bantuan pernafasan daripada tiub dan mesin yang mengakibatkan koma. Jadi – kami harus membuat keputusan samada untuk meneruskan MRI.
Katanya lagi – ketika mula-mula masuk ke hospital pada hari Isnin lepas – proses ujian MRI yang dibuat terhadap mama telah dijalankan namun tidak sempat dihabiskan kerana mama sentiasa bergerak. Namun beberapa “slide” dapat diambil dan dianalisis. Hasil daipada analisis tersebut didapati yang kanser telah merebak ke tulang belakang dan terdapat serpihan-serpihan kecil tulang yang telah di”makan” oleh sel kanser…dan ketika ini sel kanser mungkin sudah menjangkiti otak.
Ketika itu, mama kelihatan penat – beliau bernafas melalui mulut. Beliau juga kelihatan resah, cuba untuk bangun, mengiring dan sebagainya. Mama sudah tidak mampu bercakap lagi.
Seorang doktor pakar yanglain turut datang selepas itu dan melihat keadaan mama. Kami bertiga diarahkan keluar seketika – dan ketika itu saya melihat jururawat bergegas kesana-kemari menolak troli yang mengandungi pelbagai jenis mesin. Topeng oksigen dipakaikan kepada mama dan pelbagai suntikan dan wayar dimasukkan ke tubuh badannnya.
[quote]Kami akur – kerana itulah yang terbaik untuk mama. Sudah cukuplah mama menderita. Kami rela melepaskan mama pergi. Kami akur dan terus akur kerana itu yang sudah tertulis.[/quote]
Selang 20 minit kemudian doktor datang kepada kami dan memberitahu yang mama sudah kritikal. Sudah tidak ada apa yang dapat pihak doktor dan hospital dapat lakukan untuk selamatkan mama. Doktor juga meminta persetujuan untuk tidak menjalankan prosedur “revive” atau memberi bantuan jantung dan sebagainya apabila jantung mama sudah berhenti berdegup dan ketika nadinya sudah berhenti berdenyut.
Kami akur – kerana itulah yang terbaik untuk mama. Sudah cukuplah mama menderita. Kami rela melepaskan mama pergi. Kami akur dan terus akur kerana itu yang sudah tertulis.
Mama dipindahkan ke bilik khas supaya mudah untuk kami bersama mama bagi menghadapi saat-saat akhir beliau. Semua adik-beradik dan sanak saudara dihubungi oleh kami untuk segera datang ke hospital. Kami mengaji dan mengucapkan shahadah ke telinga mama.
Dapat dilihat di skrin keadaan jantung mama yang berdegup semakin perlahan..dan perlahan dan kemudian berhenti.
Semua anak-anak dan menantu serta cucu mama ada disisi beliau ketika mama mengalirkan airmata serta menghembuskan nafasnya yang terakhir. Inna lillahi wainna ilaihi rajiun.
Mama..kami dah balik – dan mama juga balik kepada penciptanya.
Al-Fatihah buat Mama, semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Aminnn.
![]()







52 Comments
i’m sorry to hear about your MIL..takziah buat Khairul and Wife…semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat.. al-fatihah..
Blu, terima kasih.
takziah en.KA dan isteri…semoga tabah menerima keadaan ni,sy juga pernah rasa kematian arwah nenek,dia yg jaga sy sejak dari kecil..bila nenek takde,sy rasa sunyi takde tempat nk mengadu memandangkan sy tak begitu rapat dgn mama…apa pun,kita yg hidup kena teruskan hidup…semoga roh nya dicucuri rahmat…amin~
Fadzilahazman, terima kasih. Kepada semua yang telah pergi marilah kita sama-sama hadiahkan Al-Fatihah.
Moga ibumu d tmpatkan dlm klngn org yg mndpt rahmat allah.. Amin
Muhammad Hafiz,
Terima kasih. Aminnn.
Takziah KA, moga ditempatkan di kalangan org yg beriman. Mama beruntung punyai anak2 yg menyayangi.
Terima kasih Kaktek.
Salam takziah. Moga arwah tenang di sana. Amin!
Izu, terima kasih. Amin!
Salam takziah dan Al Fatihah utk arwah
Terima kasih Lala.
Innalillahi Wainna ilaihi Raji’un, Al-Fatihah…
Salam takziah untuk KA, isteri dan keluarga. Semuga rohnya dicucuri Rahmat dan di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Amin
Fina,
Terima kasih diatas doa dan ingatan. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
KA
Salam takziah dari akak sekeluarga….semuga roh arwah ditempatkan bersama sama orang yag beriman, Amin Ya Rabal Alamin.
Kebetulan sepupu suami akak pun meninggal pada 10hb Feb pun di sebabkan cancer payudara…
Kak Sherry,
Terima kasih. Pasal komen akak kat FB tu, Sorry yer sbb balik senyap2 dan tak bagitau sesiapa.
As salam wbt Khairul,
Takziah buat Khairul & isteri… Begitulah cabaran sebagai perantau… Khairul & isteri bernasib baik kerana sempat bertemu dgn allahyarhamah… Cancer mmg silent killer… my sister juga pergi kerana cancer…
Al-Fatihah…
W’salam Pn. Marya.
Terima kasih. Memang betul tu..sebagai perantau..perkhabaran tentang ibu ayah atau saudara mara yang sakit adalah yang palng dirisaukan. Maklumlah..kalau nak balik memerlukan masa sekurang-kurangnya 24jam baru sampai. Takut dah terlambat.
Takziah…sedih baca coretan kali ni. Redhakan pemergian dia. Al Fatihah
Terima kasih Mummy. Kami semua ketika itu sudah bersedia dan redha.
Patutlah dah lama tiada entri baru. Ada cerita disebaliknya. Innalillah hiwainna ilaihi raajiun..Takziah Khairul dan isteri.. Al-fatihah buat arwah.
Terima kasih Su.
takziah buat saudara dan keluarga…..ibu saya juga telah pergi pada tahun 2011….koma selepas dijangkiti kuman. al fatihah buat mereka yg telah pergi.
Terima kasih saudara Alam. Al-Fatihah juga buat ibu saudara. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Aminnn.
takziah buat KA & isteri…semoga arwah ditempatkan di kalangan org yang beriman dan beramal soleh..amin. At least arwah happy dapat jumpa anak2 kan..kita pun tak ralat. Mak saya pun kena breast cancer dan sebelah telah dibuang..saya dah melalui semua pengalaman semasa menjaga dia kat hospital..alhamdulillah Allah swt masih dipanjangkan umurnya..be strong guys!
Eza,
Terima kasih. Alhamdulillah, kami semua berpuashati kerana dapat menjaga beliau dengan sempurna. Bersyukur juga sebab sempat balik untuk memohon ampun dan maaf dari beliau.
Khairul,
MIL kanser serviks stage berapa? Becos why, my mom just had her hidro and 6x chemo for stage 3 masa hariraya lepas. No operation needed. Alhamdullillah sihat sampai skrg sejak treatment kat NCI, Seremban.
Takziah dan semoga ur wife tabah. Allah tahu yg terbaik utk hamba2nya. Redha dan berdoa utk arwah…
Eliza,
Saya tidak tahu stage berapa. Mama tidak pernah memberitahu dan begitu juga dengan doktor. Tetapi doktor pernah memberi amaran (ketika beliau skip 2nd round chemo yang beliau akan kembali sakit teruk.
Kami semua redha. Terima kasih.
Salam takziah utk en KA sekeluarga.
Semoga isteri En Ka kuat menghadapi kehilangan mama yang tersayang.
Al fatihah untuk mama en KA.
Sebak baca kronologi kesihatan arwah, sama juga apabila bapa saya dimasukkan ke ward ogos tahun lepas dan yang paling sukar apabila berdepan dengan assumption doctor yang pelbagai. Kita yang melihat jadi tidak tentu arah dan mula memikir itu ini kalau dia benar-benar akan tinggalkan kami.
Redha dan berdoalah untuk kesejahteraan arwah dan semoga ditempatkan di kalangan yang beriman. aamiin…
Pn. Lily,
Terima kasih saya ucapkan. Alhamdulillah, kami sekeluarga tabah dan redha dengan pemergiannya.
Al-Fatihah untuk semua yg telah pergi meninggalkan kita.
KA,
Hari hari akak buka blog KA…tapi akak macam hairan eh kemana pergi nya budak ni tak update cerita baru….sekali mata akak terpandang ke atas sebelah kanan tu dan ternampak lah status di twitter ka….akak yang exited sangat tu bila ka tulis balik ke malaysia….akak pun pasang lah angan2 nak ajak ka dan wife makan2 kat rumah akak….tu lah sebab nya akak tanya kat fb sebab akak tak ada no talipon awak….sekali lagi bila akak masuk blog…awak dah update entry tentang berita kepulangan arwah mertua kerahmatullah….so akak faham lah sekarang tujuan awak balik ke malaysia…tak payah sorry2….akak faham sangat2..insyaallah satu hari nanti kita akak berjumpa juga lagi pun rumah ka tak lah jauh sangat dengan rumah akak…..Bukit Jelutong tu 1/2 jam je dah sampai rumah akak.
Kak Sherry,
Terima kasih tak terhingga dari saya kerana sudi nak ajak saya datang ke rumah. Insha Allah, saya akan balik raya nanti dan saya pasti datang ke rumah akak.
Assalamualaikum KA,
Patutlah lama menyepikan diri.
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman.
Al-Fatihah.
P/s;
Kerap membayangkan jika sampai ketika yang sebegini.. sempat ke kami nak pulang ke Tanah Malaya..
Waalaikumsalam Kak Sham,
Terima kasih atas doa kak. Saya juga kerap membayangkan situasi ni kak. Alhamdulillah yang kali ni sempat. Yang lain belum pasti.
Takziah untuk Khairul dan wife. Kehilangan orang yang kita sayang dalam hidup, pasti akan dilalui semua tanpa dapat dielakkan, sama ada merelakan atau tidak, harus ditempuhi. Resam kehidupan yang hidup pasti akan menemui suatu keadaan dinamakan kematian dan kita yang hidup ini tentunya gusar mengenai halatuju kita sendiri selepas ini. Bagi mereka yang sudah berpergian itu, semoga Allah mencucuri rahmat ke atah roh arwah.
Saya juga melalui pengalaman serupa pertengahan 2011 apabila saya diberi peluang untuk membilang detik arwah mak saya sendiri yang pergi perlahan-lahan dengan beberapa titis air mata menitis pada hujung matanya walaupun beliau koma. Kita yang hidup berasa tidak mahu melepaskan mereka pergi manakala mereka yang akan pergi sebenarnya juga seboleh-bolehnya mahu lihat kita dalam keadaan ikhlas melepaskan mereka.
Kematian itu tidak terlambat atau tercepat walau sesaat, kita lepaskan mereka kembali kepada Pencipta, itu sebaik-baiknya.
Alfatihan untuk mereka yang sudah kembali mengadap Ilahi..aminn…
LW,
Terima kasih saya ucapkan.
Kami redha dengan ketentuanNya. Mati itu pasti. Al-Fatihah untuk semua mereka yang telah pergi. Amin.
salam takziah
Al Fatihah
Rezeki, terima kasih saya ucapkan.
al fatihah
Terima kasih.
Innalillahi wainna ilaihi roojiun… Alfatihah.. Moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama mereka yg beriman…
Terima kasih Mulan.
Assalam, tersinggah di sini… al-fatihah…
Aida,
Terima kasih kerana “tersinggah” disini.:)
assalam, tersinggah di sini…untuk mencari blog tentang teknik fotografi…al-fatihah untuk ibu anda.
Terima kasih saya ucapkan.
salam takziah..moga ditempatkan bersama mereka yang beriman..
Asmahan, terima kasih.
alfatihah untuk mama
menitis airmata baca perjalanan hidup mama
moga ditempatkan di kalangan insan2 beriman
lama saya x singgah sini sbbnya blog KA ni tidak keluar di bloglist mcm blog lain bila ada apdet baru
entah kenapa
Irfa,
Terima kasih atas doa..Aminnn.
Kenapa tak keluar update baru? saya takut irfa salah masukkan link rss saya kot. Sepatutnya http://khairulabdullah.com/feed
Assallammualaikum Encik Khairul
Takziah buat Encik Khairul sekeluarga, tak dapat saya menahan air mata membaca posting kali ini.. Namun di sebalik kehilangan, Allah memberikan satu rahmat besar kerana kerana dapat berada di sisi Allahyarhamah di saat2 akhir beliau di dunia ini.. Al Fatihah, semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman & beramal soleh.. Amin..
Ayu,
Terima kasih atas ucapan serta doa saudari. Mudah-mudahan diperkenankan olehNya. Amin.