Mama boleh kan? Mama kuat kan? Mama boleh buat semuanya kan?
Mama superwoman kan?
Itulah ayat sang suami yang mengharapkan isterinya uruskan rumahtangga sepenuhnya.
Sudahlah bekerja, uruskan anak, uruskan suami, uruskan makan pakai, uruskan rumah dan segalanya namun akhirnya superwoman ini tewas juga.
10 hari terlantar di hospital dan hari ke 4 barulah beliau sedarkan diri. Selepas menjalani pembedahan membuang pendarahan di kepala akhirnya beliau kini terlantar.
Itulah kisah yang diceritakan kepada saya oleh seorang ibu yang diserang Basal Ganglia Stroke yang berpunca dari stress melampau, tekanan darah tinggi dan juga pelbagai faktor penyumbang lain.
Beliau seorang ibu yang memaksa diri untuk melakukan segalanya. Sering tidur lewat untuk menyiapkan urusan rumahtangga.
Katanya semua lelaki atau suami perlu tahu yang seorang isteri itu perlu dibantu kerjanya. Jangan sampai isteri terlalu penat dan tertekan dan akhirnya terkena serangan stroke sepertinya.
Pesannya juga pada kaum ibu agar tidak terlalu memaksa diri di dalam melakukan tugasan harian. Jika berat dan tidak mampu maka berhentilah.
Jangan nak jadi supermak sangat.
Superdaddy pun sama jugak, katanya lagi.
Kalau dah terlantar macam beliau maka menangis airmata darah pun dah tiada guna.
Sepatutnya, semua kerja rumah turut dibantu oleh seorang lelaki yang sado dan gagah perkasa yang digelar suami.
Jadi.
Wahai para suami sekalian, bantulah dan peluklah isteri anda selalu. Jangan sampai bila isteri dah terlantar atau dah tiada baru nak insaf.
Okay?
.
KHAIRUL ABDULLAH
Superdaddy Yang Tiada Pembantu
.







Leave A Reply