Tahun 1996 abang mula backpacking ke luar negara. Zaman tu internet baru saja ada, namun maklumat tentang travel tak ada. Takde kemudahan booking tiket kapalterbang atau keretapi dan juga booking hostel atau BnB secara online.
Semuanya kena bergantung harap dekat buku atau travel guide. Kalau buku tu edisi 5-10 tahun lepas maka maklumat dah berubah. Ada hostel yang dah tak wujud, ada jadual dan laluan keretapi dan bas yang dah berubah. Namun abang dan rakan kental, berbekalkan sekeping peta dan sebuah buku kami redah. Kami tidur di stesen keretapi, kami tidur di stesen bas bila tak jumpa hostel atau bila tiba ke destinasi dah lewat malam.
Namun kini, maklumat untuk travel semua di hujung jari. Maklumat flight, keretapi, hostel danBnB dikemaskini setiap hari. Kalau ada maklumat nak dicari, telefon pintar sentiasa disisi.
Namun masih ramai yang tak berani nak travel sendiri.
Kenapa yer?







Leave A Reply