• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

McGyver SuperDaddy

17/05/2019

Sampai jer rumah, nak buka pintu tak boleh.  Puas cari kunci tak jumpa dan baru teringat tadi tertinggal di opis.

Aduhhh.

Anak-anak dah keluar kereta.  Nak masuk balik dan drive ke opis rasa kesian pulak kat diorang.  Dalam keadaan trafik hari Jumaat, sejam jugak nak sampai opis.

Pilihan yang ada adalah cari jalan untuk masuk jugak.

Berkat pengalaman jadi McGyver (kalau siapa tak kenal maka dia masih budak lagi) pecah masuk dan pecah keluar stor, dewan makan, kantin, bilik warden dan asrama puteri, maka saya berjaya buka pintu belakang.

Itupun setelah panjat dulu pagar, dan guna segala kepakaran yang ada untuk memastikan pintu tidak pecah.  Dengan seutas wayar dawai yang dijumpai di lorong belakang maka dapatlah kami semua masuk ikut pintu belakang.

Tak sia-sia kot duduk asrama selama 5 tahun.  Banyak membantu menyelesaikan urusan seharian.  Tak perlulah berbuka dalam kereta.

Ada sekali waktu di Jerman saya terkunci di luar rumah.  Pintu di sana autolock, tutup jer memang akan terkunci terus.  Saya yang keluar sebentar untuk bercakap dengan orang DHL terlupa pegang pintu dan terus terkunci.

Kali ini skill McGyver saya nampaknya tak berguna.  Kebal sungguh pintu dan tingkap dia.  Tak ada pilihan, kena pergi ambil kunci rumah dari isteri di pejabat dia.

Dengan hanya berseluar pendek, berselipar maka saya keluar berjalan meredah kesejukan awal musim bunga menuju ke pejabat isteri saya.

Dah semua orang perhati, apa gila mamat ni pakai t-shirt dan seluar pendek ala summer ketika sejuk begini di tengah bandaraya Frankfurt.  Hilang akal gamaknya.

Tak apalah, yang penting saya selamat sampai ke pejabat isteri walaupun kena gelak dulu seround sebelum dia berikan kunci.

Begitulah.

Saya dan kisah kunci ni berpisah tiada.

#DiariSuperDaddy

Share

Believe It or Not  / Blog  / Experience  / Nostalgia

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved