Aku goreng mee siput atau belah utara kami panggil mee sanggul ni untuk anak-anak. Tapi bila nak makan aku yang poyo lebih.
Biasalah, nak tayang kat korang mesti kena menggiurkan.
Ehhh satgi ada yang mintak resepi pulak. Nah resepi mudah Mee Siput Goreng oleh Khairul Abdullah.
Bahan-bahan:
1 pek mee siput/mee sanggul atau apa sahaja nama yang korang panggil. Rendam sampai lembut.
1 ketul dada ayam, potong dadu.
Cara nak buat dia:
1. Tumis bawang putih sekejap dan masukkan ayam. Goreng sampai ayam masak.
2. Toskan mee dan masukkan dalam kuali. Kacau rata. Masukkan sayur kalau nak. Taknak sudah.
3. Tambah garam secukup rasa.
4. Hidangkan untuk anak, dengan telur dadar dan kicap. Depa suka macam tu.
5. Kalau mak bapak nak makan maka letak lada sikit, dan hidang dengan cili potong atau cili jeruk.
Dah.
Selamat makan malam semua.







Leave A Reply