• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Mengenang Bahagia

28/06/2019

Kadang-kadang kami luah rasa rindu.

Tidaklah setiap hari.  Tidaklah setiap jam kami merindu.  Namun bila sesekali ia datang, kami pasti menyambutnya.  Biasanya bersama genangan atau titisan air mata.

Kami orang-orang yang “kehilangan” ini bukanlah tidak “move on”.  Setiap kali kami meluah rasa, bukanlah kami tidak tabah, bukanlah kami sedih.  Ketabahan, kekuatan dan kesabaran kami berada di tahap yang tertinggi.  Mungkin jauh lebih tinggi dan hanya yang melaluinya sahaja boleh memahami.

Kalau kami tidak kuat dan tabah, kami tidak sabar, manakan kami dapat menempuh hari-hari dengan pelbagai rutin harian dengan normal seperti biasa.  Pasti kami asyik berulang-alik ke pusara atau menangis di bucu katil sahaja.

Kami hidup seperti orang lain juga. Perlu bekerja, ada rumahtangga serta rutin yang perlu dilaksana.  Cuma sesekali rindu itu datang menerpa, sebagai “hadiah” buat kami untuk mengingat dan mengenang.  Lalu kami meluah dan berkongsi rasa serta kenangan.

Kami menangis bukan kerana sedih atau kecewa.  Kami sudah terima takdirNya, kami redha sepenuhnya.  Namun, setiap titis airmata yang jatuh itu akan melepaskan beban rindu kami seadanya.

Orang kata “time will heal”.

Sebenarnya kami tidak perlu “heal”.  Kami sentiasa mahu rasa rindu itu.  Kami sengaja memilih untuk mengenang dan merindu.  Kami mahu setiap memori yang ada tersemat kukuh, kami mahu memori yang pudar pula akan kembali jelas.

Kenapa begitu?

Kerana setiap kali ingatan dan rindu itu datang, ia membawa bersama secebis kebahagiaan buat kami.  Benar, mengenang bahagia itulah sebenarnya yang memberi bahagia.

Dan sesungguhnya, bahagia itu sentiasa ada dalam setiap kenangan dan rindu yang datang menerpa.

Lalu kami semat dan simpan sebaiknya.

Semoga kalian faham.

KHAIRUL ABDULLAH
#DiariSuperDaddy

Share

Blog  / Nostalgia

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved