• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Mentally Exhausted

16/12/2017

Ayah ibu, kakak abang di luar sana, mohon beri pendapat, cadangan dan semangat buat adik kita ni di ruangan komen yer.  Orangnya bijak, namun kita khuatir tekanan perasaan akan membuatkan hidupnya kucar-kacir.

…………………………………………….

Assalamualaikum Encik Khairul.

Saya mulakan email ini dengan memperkenalkan diri saya secara details untuk memudahkan encik memberi apa-apa sahaja suggestions kemudian.

Encik boleh panggil saya Miss J.  Saya berumur 18 tahun, lepasan SPM 2016 dan belum lagi sambung belajar.  Result Spm 5A 4B, dah dapat tawaran dari UPSI untuk Diploma Sejarah tapi tak terima dulu sebab masih dalam proses temuduga ke IPG.  Jadi mak ayah tak bagi sambung masuk UPSI sebab dah sampai tahap temu duga dan mereka memang fikir saya akan dapat sebab kakak saya dulu diterima, huhu.  Tapi lepas tu dua-dua terlepas.

Mak saya cikgu.  Gaji dalam rm4.5k tak silap potong bayar kereta tiap bulan, potong duit masuk Tabung Haji kami adik beradik tiap bulan, belum lagi potong belanja satu rumah dan belanja kakak di IPG.  Sebab elaun bulanan semua dah kena tarik.  Ayah saya bankrap.  Cikgu jugak, tapi bankrap.  Semua ditanggung mak.  Syukur kami hanya tinggal di kampung.  Belanja tak besar.

Mak dan ayah memang jenis parents yang berfikiran;
“Belajar uitm tak gerenti ada kerja”
“Tak payah ambik PTPTN nanti dah kerja sakit pulak nak bayar hutang sebab tak belajar betul-betul”
“Masuk IPG confirm ada kerja lepas belajar”
“Tak ada rezeki IPG tunggu SPA, confirm ada kerja jugak.  Sabar saja lah”

Encik boleh faham tak setakat ni?  Selagi something tu tak bagi confirmation untuk terus kerja mak ayah saya akan fikir benda tu adalah sia-sia.

Saya tak tahu apa nak jadi dengan hidup saya.  Seikhlas hati saya cakap kat sini.  Sebab saya tersepit dengan masalah kewangan keluarga.  Dengan desakan mak ayah untuk buat apa yang saya tak pasti lagi saya nak ke tidak nak buat.  What even is the point kalau saya tak suka kerja saya nanti?

Kalau jadi cikgu saya boleh lagi terima.  Sebab saya memang minat mengajar, dulu pun saya pernah jadi mentor beberapa subjek dekat sekolah.  Tenang hati kalau lepas mengajar kawan-kawan faham, walaupun saya tidaklah sepandai top students di sekolah.  Dalam kelas, ada sesetengah cikgu yang tak ambik serius amanah mengajar.  Cikgu Physics selalunya tak buat revision malam sebelum mengajar topik baru.  Kami sekelas jadi lost.  Saya tak nak jadi cikgu yang macam tu.

Back to the main topic, apa yang patut saya buat?
Patutkah saya apply UPU tahun depan?  Saya teringin untuk ambik TESL ataupun TESOL, saya rasa saya cenderung ke arah bidang tu.  Tapi, mak saya tak pernah pun recommend saya untuk ambik tu.

Selain IPG dan SPA, mereka suruh saya ambik bidang kemahiran.  Memasak, baking, dan tiba-tiba pertanian.  Mungkin sebab di Sarawak banyak peluang pekerjaan dalam bidang pertanian?  Saya tak tahu.  Mungkin banyak, tapi kalau bukan rezeki saya?

Macam situasi saya tolak UPSI sebab nak masuk IPG yang tak tentu nak dapat.  Lagipun saya rasa tak minat.  Dulu masa belajar Biology pun saya paling tak suka benda yang ada kaitan dengan tumbuhan.  Tapi mak cik saya cakap bukan pasal tu saja, ambik pertanian leads hidup ke arah jadi engineer tanah.  Entahlah saya pun tak tahu.

Kadang-kadang saya overthink pasal apa nak jadi dengan masa depan saya.  Kadang sampai jadi depressed.  Berfikir tengah mandi rasa nak bunuh diri sebab saya stres.  Saya tak belajar 14+ tahun lebih nak bagi hidup saya tunggang langgang macam sekarang.  Lost contact dengan kawan-kawan lama sebab saya tak suka bila diorang tanya ‘Sambung mana sekarang?’, saya rasa rendah diri.  Saya lepasan MRSM, semua kawan-kawan dah sambung belajar kecuali saya.

Saya pernah terfikir nak sambung form 6.  Terfikir dalam tengah bulan 8.  Dah terlambat nak daftar.  Saya give up, bulan 9 dan 10 saya kerja dekat kafe UiTM tender mak cik saya.  Kat tempat kerja, ada 3 orang pekerja yang sama umur dengan saya.  Baik, kami semua rapat.  Bezanya, bagi mereka result spm saya sangat ok.  Mereka budak sekolah SMK, 5A dikira sangat ok sebab nak dapat satu A pun susah bagi mereka.

Saya bandingkan pulak dengan kawan-kawan MRSM saya.  5A adalah average result kami.  Cukup makan bagi kami.  Hatta tak boleh apply scholarship pun.  Sebab tu kalau nak berjaya dalam hidup jangan tengok orang yang berada di bawah kita, sekarang saya faham kenapa.  Tapi saya syukur sebab pernah jugaklah merasa pengalaman bekerja walaupun gaji kecik.  Rm600 dalam 20 hari, saya dapat beli henfon baru.  Sebelum ni saya pakai tab Huawei free yang kerajaan bagi dekat cikgu.

Ada jugak saya terfikir nak sambung form 6 tahun depan tapi mak kawan saya cakap tahun 2020 baru saya dapat apply uni dan saya pun????  Rugi jugak tak sambung form 6, masa saya banyak terbuang.  Saya tak buat apa2 lagi kawan2 dah mula sem 2.  Apa patut saya buat?  Encik ada suggestions untuk saya?  Tak larat dah saya nak fikir.  Encik boleh cakap saya mentally exhausted.  Drained.

Terima kasih in advance kalau encik ambik masa untuk baca bebelan saya ni.  Dah lama saya pendam sebab saya tak ada siapa2 untuk tanya dan luah semua benda.

Terima kasih banyak-banyak.

Miss J

Share

Blog  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved