![]() |
| Merong Mahawangsa |
![]() |
| Tiket Filem Merong Mahawangsa @ TGV Sunway Pyramid |
Merong Mahawangsa Mengecewakan?
Pagi tadi, saya berkesempatan menonton filem Merong Mahawangsa yang kini masuk hari ke-3 di tayangkan di pawagam seluruh negara sejak Jumaat lepas. Agak teruja ketika menunggu untuk masuk ke pawagam kerana filem ini saya nantikan sejak berbulan yang lepas setelah “trailer”nya ditayangkan di YouTube.
Ketika berjalan masuk ke panggung saya melihat pasangan “mat salleh” turut masuk untuk menonton filem tersebut, dan ia memberikan tanggapan yang agak baik dan ini pertama kali saya melihat “orang asing” masuk panggung menonton filem melayu. Atau mungkin ada saudara mereka yang turut beralon di dalam filem ini sebagai “extra” dan mereka turut teruja untuk menonton bersama. Atau mungkin juga sebab “review” yang baik di internet.
Saya juga menjangkakan yang panggung akan penuh sesak berdasarkan keterujaan orang ramai di laman blog dan juga facebook, namun tekaan saya meleset di mana satu pertiga kerusinya masih kosong. Mungkin sebab tayangan waktu pagi (jam 11.00) dan orang masih lagi di rumah. Tayangan waktu petang dan malam mungkin penuh panggung.
Sejurus cerita bermula, saya sudah mengesan beberapa kelemahan dari segi teknikalnya dan kelemahan tersebut terus berlarutan sehingga ke penghabisan cerita. Jadi, ini “verdict” saya dan ianya adalah pendapat peribadi saya mengenai filem ini dari aspek teknikal.
1. Suara latar penceritaan mengenai Merong Mahawangsa tidak jelas, terlalu meneran dan agak ditenggelami oleh latar muzik yang lebih kuat. Agak sukar untuk mendengar dengan jelas butir percakapan dan penceritaan. Empunya suara latar tersebut bagi saya sudah memang sesuai, tetapi cara penyampaian yang banyak meneran agak kurang tepat menyebabkan banyak perkataan menjadi kurang jelas.
2. Kualiti gambar agak mengecewakan saya. “Trailer” di Youtube sangat cantik dengan pencahayaan serta “depth of field” yang jelas. Namun apabila dipersembahkan di layar besar, kualiti atau tekstur gambar terlalu banyak “noise” atau “grain” dan menghilangkan “detail” atau perincian imej dan subjek. Saya difahamkan filem ini dirakam menggunakan kamera digital bedefinasi tinggi (HD Digital Camera) dari jenama RED yang biasa digunakan oleh penerbit filem dari Hollywood untuk merakam filem “box-office” mereka seperti Pirates of the Carribean, The Social Network, District 9, Angel & Demon, Jumper dan banyak lagi. RED mendakwa yang teknologi kamera digital mereka adalah “grainless” iaitu tiada “noise” atau bintik-bintik kecil di imej akibat merakam dalam keadaan cahaya yang kurang. Kualiti imej filem ini lari jauh dari jangkaan saya. Mungkin ianya sesuai dan cantik apabila diterbitkan di dalam bentuk dvd atau Blue Ray kelak kerana saya yakin ianya sangat cantik dan jelas apabila ditonton dari sumber asalnya ataupun di skrin kecil, bukannya selepas dipindahkan ke filem.
3. Kualiti pencahayaan juga agak kurang menarik bagi pendapat saya. Hampir seluruh babak di dalam filem ini menjadi terlalu suram dengan pencahayaan gelap dan latarbelakang CGI (Computer Generated Images) yang kabur dan gelap. Ini membuatkan mata menjadi mengantuk dan hilang minat dan tumpuan. Beberapa adengan di waktu meraikan kemenangan atau syot yang berlatarbelakangkan air terjun dan laut biru di hari yang cerah sepatutnya lebih jelas dan lebih berwarna. Agak kecewa melihat syot di air terjun yang cantik, tetapi kelabu dan suram serta kabur. Isteri saya seorang yang “buta” teknikal juga sempat memberi komen kepada saya yang sesetengah babak nampak jelas yang subjek atau pelakon tidak “blend” dengan latar CGI. “Panning” syot pula menyebabkan imej menjadi “double” atau bertindih. Syot yang jauh juga menyebakan semua imej atau latarbelakang hilang perinciannya. Saya mengakuinya. “
4. Sistem bunyi, atau adunan yang kurang baik menjadikannya terlalu bingit. Muzik latar yang indah dimainkan oleh Malaysian Philharmonic Orchestra sepatunya menjadi lebih indah dengan syot yang indah dan cantik dan menjadi lebih beremosi ketika babak pertarungan. Malangya, dengan sistem bunyi yang sekejap kuat dan sekejap perlahan (bukan keseluruhan cerita) dan seakan-akan terputus atau “pause” sebentar amat mengecewakan. Ini mungkin terjadi di pawagam yang saya tonton, mungkin tidak di pawagam lain.
Itu adalah 4 “point” utama saya yang menjadikan filem ini tidak mencapai jangkaan saya. Namun begitu, saya suka dengan cerita ini, saya faham cerita yang disampaikan. Saya tidak pandai memberi komen tentang “storyline” dan juga “plot”. Bagi saya, sekiranya saya faham dengan cerita tersebut, itu sudah cukup baik. Filem akan lebih baik sekiranya ia filem sedih, saya menangis, sekiranya filem seram, saya takut dan sekiranya drama, saya akan beremosi. Bagi saya Merong Mahawangsa adalah sebuah “period drama” dan juga sejarah yang bagus untuk diketahui namun tidak terlalu mengesankan untuk saya turut beremosi.
Bagi mereka yang tidak kisah dengan aspek teknikal sepertimana yang saya tulis di atas, filem ini perlu ditonton oleh anda. Tetapi bagi mereka yang biasa atau perlu melihat aspek teknikal seperti keindahan gambar, pencahayaan, kualiti bunyi dan sebagainya, filem ini pasti akan sedikit mengecewakan anda. Namun begitu, anda harus memberi sokongan kepada filem ini dan janganlah cuba membandingkanya dengan filem Hollywood yang berbajet 10 hingga 20 kali ganda daripadanya (seperti yang sedang saya tulis ini).
Tahniah diucapkan kepada KRU, kerana sekurang-kurangnya berani mencuba dan berjaya sampai ke tahap ini. Dengan bajet hanya 8 juta untuk menerbitkan filem setaraf dengan kesan khas Hollywood pasti amat sukar. Dengan perancangan untuk ditayangkan di hampir 60 buah negara, sila pastikan salinan filem tersebut lebih berkualiti dari segi imej dan juga audionya. Biarlah kami di Malaysia menontonnya dengan kualiti harga tiket RM9.00 tersebut.
Saya akan menantikan filem ini diterbitkan di dalam format dvd atau blu-ray kelak untuk menafikan komen-komen saya di atas. Harapan saya agar dapat menonton filem ini lagi sekali di kaca tv dirumah dengan rasa puas dengan gambar yang cantik dan kesan bunyi yang terbaik.
Adakah saya hanya berangan? ENTAHLAH..I dont know…









2 Comments
Setuju sangat dengan masalah teknikal dalam filemi HMM ni… Agak mengecewakan… ape-ape pun Good Job Yusry!
terima kasih kerana sependapat dengan saya. Saya masih merasakan masalah tersebut berlaku setelah proses memindahkannya dari digital ke filem dilakukan.Saya masih seronok dan teruja melihatnya di skrin kecil (Youtube).