• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Minyak Cap Kapak Shower Gel

09/03/2019

Siang tadi saya beli shower gel baru.

Tak pernah beli lagi brand ni.  Saya beli ni pun sebab beberapa bulan lepas beli dia punya produk lain, macam best.  Brand ni memang produk lelaki semata-mata.

Jadi dengan harapan akan lebih terserlah kemachoan dan kemaskulinan maka saya beli lah shower gel dia.  Kat depan botol tu dia tulis “Body Sculpting Shower Gel” dan kat belakang tu pulak ayat dia memang power lah jugak sampai buat saya terpengaruh.

Lepas baca jer terus terbayang perut “sixpack” yang akan terbentuk selepas mandi nanti.

Wahhh, tazabar nyerrr.

Lalu mandilah dengan diiringi siulan lagu Ed Sheeran berjudul “Perfect”, didedikasikan buat wanita yang bakal menjadi calon isteri selepas terlihat kemaskulinan saya nanti.

Mandi punya mandi punya mandi, sekali…

Perghhhhhh…macam mandi dengan minyak Cap Kapak.

Siapa lah punya idea buat shower gel berperisa menthol macam Vicks Vaporub ni?

Pijar baqhang.

Pijar.

Terus terberhenti siulan lagu Ed Syeeran pada baris korus yang terakhir.

“I don’t deserve it, but….darling…sumpah tak nak pakai lagi dah”

#diarisuperdaddy

Share

Believe It or Not  / Blog  / Experience

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved