• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Mommy’s Hand

23/03/2019

Tadi waktu nak tidur, anak-anak berebut datang nak berbaring atas dada.

Mestilah baby yang menang, kena bagi priority kat dia.  Yang lain menempek di sisi sahaja sehinggalah baby tidur.  Si adik pun terus tertidur.  Tinggallah si abang yang datang merapati.

Saya pun peluk dan cium dia lalu dia tidur berbantalkan lengan saya.

“Daddy, why you hugs me and kiss me?  Because you love me?”

“Yes, because I love you.”

“How about adik and baby?”

“Yes, I love adik and baby too.”

“Okay daddy.  Can you hug me again?”

Saya pun peluk dia erat-erat.

Dia membalas pelukan sambil memegang dan menggosok-gosok tangan saya.

“I miss mommy’s hand.”

“What?”

Tanya saya minta kepastian, betul tak apa yang saya dengar.

“Nothing, nothing…”

Balasnya pendek lalu melepaskan pelukan lalu berpusing dan memeluk bantal sambil matanya merenung jauh.  Saya hanya mampu mengusap lembut kepalanya.

Tidurlah.

Moga dia tidur lena sambil merindu dan mengenang pelukan kasih arwah ibunya.

Selamat malam sayang.

#diarisuperdaddy

Share

Blog  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved