“Abang bangun, pagi ni kita nak visit mommy.”
“You mean, mommy new home? Where they put mommy in the ground?”
“Yer betul tu. Lepas tu kita pergi toyshop pulak.”
“Its ok daddy, I want to stay at home. I don’t want to go.”
Begitulah Khaleef.
Dia akan ada pelbagai alasan jika diajak ke kubur ibunya. Ada sekali tu dah dekat nak sampai dia ajak patah balik. Tak sedap badanlah, nak demamlah, sakit perutlah dan sebagainya.
Dia tak nak.
Berlainan dengan adiknya Khaleel. Kalau dah bawak ke sana payah nak balik. Jenuh pujuk untuk ajak balik. Macam-macam juga alasan dia untuk stay dan taknak balik.
“I want to wait for mommy.”
Saya serba salah.
Setiap kali, ramai yang komen suruh bawalah anak-anak ke kubur, keraplah bawa mereka untuk menghilang rasa rindu, untuk buat diorang lebih tahu dan mengerti hakikat sebenarnya.
Tidak semudah itu.
Khaleef walaupun 4 tahun namun dia sudah faham dan jelas yang ibunya dah tak ada. Dia mengerti hakikat yang ibunya sudah mati dan disemadikan di situ. Dia jelas yang ibunya pasti tidak akan kembali.
Dia tak mahu bercakap tentangnya.
Berlainan Khaleel, dia tahu yang ibunya sudah tiada dan disemadikan di liang yang sama. Dia lihat sendiri ibunya dibawa masuk ke situ. Dia selalu berkata yang ibunya dah mati dan kini ibunya di syurga.
Namun, baginya pemergian ibunya hanyalah seketika.
Nanti ibunya akan bangun dan balik kepadanya.
Setiap kali pulang dari kuburan ianya pasti akan memberi impak kepada keduanya. Jadi saya telah buat keputusan untuk bawa ketika perlu dan hanya yang ingin pergi sahaja.
Tidak mahu menganggu emosi anak yang sudah sedia terganggu. Tidak mahu mereka terus memikir-mikir dan merindu-rindu sekiranya tidak perlu.
Terutamanya Khaleef yang sangat susah meluah rasa. Hanya sesekali dia berkata yang ibunya dah tiada. Dia inginkan ibunya.
“I miss my mommy” lalu memeluk saya dengan mata berkaca.
Jadi bila dia tidak mahu maka saya akan akur. Biarlah, dia cuba untuk tidak terlalu memikirkan seseorang yang menjadikan dia bersedih dan hiba.
Bila dia dah bersedia maka saya dengan gembiranya akan bawa dia setiap hari atau bila-bila sahaja.
.
KHAIRUL ABDULLAH
#diariseorangsuperdaddy







Leave A Reply