• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Mushroom Soup

02/01/2019

Sejenis makanan yang kalau saya masak bila-bila masa pun pasti dia akan hirup licin.  Sedap katanya.

Itulah kelebihan superdaddy yang korang tak tahu.  Terrer masak baqhang.

Kalau tak percaya cuba try Google “Resepi Khairul Abdullah”, berlambak korang jumpa nanti.

Takpun kalau nak tengok video korang carilah kat Youtube tu pun ada.

Antara resepi yang paling meletup adalah resepi Roti Jala dan Mushroom Soup ini.

Nah resepinya.
.
Bahan-Bahan:-

200-300gm (lebih kurang 7-10 biji) cendawan butang saiz sederhana dihiris nipis. Boleh campur yang putih dan yang brown tu kalau nak.

90gm butter / margarine

1 biji bawang besar Holland – dipotong dadu kecil

1 ulas bawang putih – diketuk

1.2 liter stok ayam (saya guna kiub ayam maggi 1 ketul) – didihkan air dan masukkan kiub tadi – kemudian ketepikan.

1/2 cawan krim atau 1 cawan susu segar/cair (mana-mana yang ada)

3-4 sudu besar tepung gandum (ikut kepekatan yang digemari)

1 ranting Parsli – sekiranya ada

Lada hitam dan garam secukup rasa

Cara nak menyediakannya:-

1. Panaskan butter/margarine tadi di dalam periuk sederhana dan masukkan bawang besar dan bawang putih tadi.  Goreng seketika sampai bawang layu (caramelized) dan jangan sampai bawang bertukar warna.

2. Kemudian masukkan cendawan butang yang dihiris nipis tadi dan kacau selama 2-3 minit.

3. Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.

5. Masukkan stok ayam tadi – kacau sebati dan biarkan mendidih.

6. Selepas mendidih – ketepikan sup tadi dan biarkan sejuk seketika.

7. Dengan menggunakan “food processor” atau “blender” hancurkan (blend) sup tadi sehingga sebati.

8. Masukkan kembali sup tadi ke dalam periuk dan masukkan krim atau susu dan biarkan mendidih.

9. Selepas mendidih – matikan api dan hidangkan ketika panas.

10. Taburkan parsli dan lada hitam di atas sup (optional).

Sesuai dihidang bersama roti bawang putih (garlic bread) atau kalau untuk anak yang tak suka garlic boleh toast/bakar roti dan potong kecil-kecil macam dalam gambar.

Haaa, jangan tak cuba pulak.

Share

Cooks  / Recipes

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved