• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Musim Bunga, Pasar Tani & Pasta di Wiesbaden

07/05/2013

Musim bunga tahun ini datang agak lewat disebabkan oleh musim sejuk yang terlampau panjang. Bunga-bunga kembang mekar sekejap sahaja dan sudah mula layu. Saya cuba untuk mendapatkan gambar musim bunga di sekitar Frankfurt – tapi malangnya dengan kesibukan kerja maka saya tak dapat keluar untuk mengambil gambar.

Namun di hari Sabtu yang lepas, saya meluangkan masa menemani isteri ke temujanji “facial” beliau di luar Frankfurt – iaitu Wiesbaden.

Wiesbaden adalah sebuah bandar kira-kira 45minit menaiki keretapi dari Frankfurt. Wiesbaden merupakan ibu negeri kepada Hessen, manakala Frankfurt adalah sebuah bandar lain di dalam negeri Hessen. Frankfurt bukanlah ibu negeri, tetapi hanya sebuah “financial city”. Ibaratkan di negeri Kedah, Alor Setar merupakan ibu negeri akan tetapi Sungai Petani merupakan bandar yg lebih “happening” berbanding Alor Setar dan begitulah ibaratnya Frankfurt dan Wiesbaden.

Wiesbaden juga merupakan bandar kelahiran pemandu Formula 1 dari pasukan Mercedes Petronas iaitu Nico Rosberg.

Saya sudah banyak kali ke bandar ini, tetapi tidak pernah menjelajah ke seluruh pelusuk bandar dan juga tidak pernah mengambil gambar. Namun pada sabtu lepas – dengan cuaca yang agak baik, saya berpeluang berjalan-jalan di sekitar bandar. Sempat saya ke pasar tani melihat hasil jualan, dan paling banyak dijual ketika ini ialah Spargel (Asparagus) kerana sekarang ialah musimnya yang dipanggil Spargelzeit (Musim Asparagus). Namun yang popular bukanlah asparagus biasa yang sering kita lihat tetapi asparagus putih yang bersaiz besar. (Anda akan dapat lihat di dalam video saya)

Setelah itu kami makan tengahari di Vapiano, sebuah restoran Itali kegemaran kami yang meyediakan pelbagai jenis pasta dan juga pizza. Pelbagai jenis pasta disediakan secara segar di situ dan kemudian di masukkan ke dalam pek-pek kecil dan kemudiaanya dihantar ke dapur dan disusun di belakang chef yang sedang memasak supaya anda boleh memilihnya ketika membuat pesanan.

Restoran tersebut adalah restoran layan diri. Ketika anda masuk, anda akan diberikan kad (seperti kad touch n go) dan seterusnya anda akan pergi ke kaunter makanan yang anda inginkan. Sekiranya ke kaunter pasta, anda membuat pesanan kepada chef dan kad tadi akan disentuh di mesin khas lalu pesanan anda akan dicaj kedalam kad tersebut. Kemudian pesanan anda akan disediakan dan chef akan sentiasa bertanya kepada anda sekiranya anda mahukan cili, keju serta rempah ratus yang lain.

[quote]Seperti kebisaannya pelanggan akan mengangkat semua pinggan mangkuk dan mencuci sisa makanan di atas meja dan memulangkannya semula ke troli khas yang disediakan[/quote]

Sekiranya anda memesan pizza, satu alat kecil bersaiz handphone akan diberikan kepada anda. Jadi anda tidak perlu menunggu pizza anda di depan kaunter pesanan dan boleh kembali ke tempat duduk anda. Apabila pizza sudah sedia alat tersebut akan memberi isyarat dengan kelipan lampu dan bergetar. Maka anda boleh ke kaunter pizza untuk mengambil pizza anda tadi.

Selesai makan – seperti kebisaannya pelanggan akan mengangkat semua pinggan mangkuk dan mencuci sisa makanan di atas meja dan memulangkannya semula ke troli khas yang disediakan. Apabila hendak membayar, kad tadi diberikan kepada cashier lalu semua pesanan yang telah dibuat oleh anda akan tertera bersama jumlah bayarannya.

Selesai makan kami berjalan-jalan sekitar bandar dan pergi ke sebuah taman. Hajatnya untuk berjalan sehingga ke Russian Orthodox Church, namun hujan yang mula turun telah memaksa kami pulang.

Berikut adalah video yang sempat saya rakamkan dengan handphone saya.

Namun, musim bunga tahun ini bagi saya tidaklah secantik di tahun yang lepas – mungkin sebab musim sejuk yang terlalu panjang dan melangkaui tempoh permulaan musim bunga dan membuatkan semua bunga merajuk. ENTAHLAH..I Dont Know.

signature

nico rosbergpastarestoran italispaghettivapianowiesbaden germany
Share

Blog  / Foods  / History  / Places

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Salmon Goreng Bersama Kentang dan Asparagus
16/05/2013
Kek Pelangi – Kali yg Ke-3
12/05/2013
Resepi Mudah Untuk Lelaki
17/01/2013

20 Comments


Nur Aainaa Bahtiar
07/05/2013 at 11:37 am
Login to Reply

bestnya! ๐Ÿ˜€



    Khairul Abdullah
    07/05/2013 at 12:04 pm
    Login to Reply

    Datang lah ke sini ๐Ÿ™‚ boleh rasa sendiri.

ladywindsor
08/05/2013 at 1:52 am
Login to Reply

Lukisan alam negara empat musim memang cantik, lengkap dengan set warna yang saling melengkapi untuk sebuah kanvas besar..rasanya kalau saya ada di lokasi begitu..daun pun saya nak simpan..tapi kalau dah jadi pemastautin tetap tak de la nak buat gitu..

weisbaden dengan baden-baden itu dua lokasi berbeza kan?

Tuan tanah, agak-agak pertengahan Jun nanti masih lagi ada tak warna-warna begini?



    Khairul Abdullah
    08/05/2013 at 8:33 am
    Login to Reply

    LW,

    Dulu kawan saya datang dia asyik kumpul daun utk bwk balik dan frame kan ๐Ÿ™‚

    Wiesbaden adalah sebuah bandar di dalam negeri Hessen dan dekat dengan Frankfurt. Manakala Baden-Baden adalah sebuah bandar yang terletak di dalam negeri Baden-Wรผrttemberg di bahagian selatan Germany bersempadan dengan France. Yer..memang 2 lokasi yang sangat berbeza.

    Pertengahan Jun nanti kanvas dah bertukar warna, dah menghampiri musim panas di penghujung Jun. Tiada warna-warna putih, pink, biru, merah, kuning dan sebagainya – kebanyakkannya adalah hijau.

      ladywindsor
      08/05/2013 at 2:41 pm

      alaaa tak sempatlah nak tengok kanvas warna warni..tak pe, saya menukar hala tuju ke destinasi lain sekejap pada minggu ketiga mei ini..kalau ada rezeki pertengahan jun saya singgah..saya akan bagi notis awal..boleh ke?

        Khairul Abdullah
        08/05/2013 at 2:43 pm

        Kalau dapat notis sekarang lagi bagus…kalau boleh bersama iternari sekali ๐Ÿ™‚

irfa
08/05/2013 at 4:09 am
Login to Reply

bestnya..saya rasa macam ada dalam cerita ini
hehe



    Khairul Abdullah
    08/05/2013 at 8:33 am
    Login to Reply

    Irfa,

    Ada macam cerita hidustan tak? heheh ๐Ÿ™‚

m.u.l.a.n
08/05/2013 at 9:48 am
Login to Reply

moga ada rezeki ke sana lagi…



    Khairul Abdullah
    08/05/2013 at 12:40 pm
    Login to Reply

    Insha Allah, mudah-mudahan semoga Mulan dapat ke sini lagi. Aminnn.

Eliza
08/05/2013 at 10:53 am
Login to Reply

Cantiknya pemandangan taman di sana. Saya suka renung foto yg first sekali. So colourful and relaxing scenery.

Agaknya Khairul n wife kalo gi taman bunga ada tak lari2 kejar2 cam dlm citer Hindustan tu eh?hihi..



    Khairul Abdullah
    08/05/2013 at 12:40 pm
    Login to Reply

    Eliza,

    Hahaha…saya tak suka berkejar-kejaran nih ๐Ÿ™‚

kak batek
08/05/2013 at 5:45 pm
Login to Reply

fast food restaurant di sini pun macam tu… anak kaktek dah terbiasa lepas makan, buang sisa dan kemas meja. balik Msia nnti bawak ke food court mesti depa terkejut beruk. ^_^



    Khairul Abdullah
    08/05/2013 at 6:04 pm
    Login to Reply

    Aah kak, kat sini semua fast food sama lah. Kalau kat ikea tu tak perlu ada tukang kemas, semua sisa, pinggan mangkuk dan meja akan dikemas kembali oleh pelanggan.

    Masuk ikea malaysia…aiyyoooooo! berteraburrr.

Diyana Tazol
20/05/2013 at 3:00 pm
Login to Reply

mmg bestt arr..



Qaisara Qistina
20/05/2013 at 3:00 pm
Login to Reply

mmg bestt arr..



diyanatazol
20/05/2013 at 5:07 pm
Login to Reply

best n tenang ja tengok pemandangan disana.. terpukau seketika.. hehehe



Diyana Tazol
20/05/2013 at 3:10 pm
Login to Reply

rasa tenang jer tgk pemandangan disana..heheh.



Qaisara Qistina
20/05/2013 at 3:10 pm
Login to Reply

rasa tenang jer tgk pemandangan disana..heheh.



Cikgu Lin
23/10/2016 at 3:51 am
Login to Reply

Assalamualaikum En. Khairul,
Saya dah membaca beberapa artikel pd site ni sebelum ni tetapi ,tapi tak la perasan pulak dah tersusun kemas di bawah tajuk berbeza. Menarik,informatif dan refreshing, penulisan En. Khairul ni.
.
Saya dah mula mengembangkan kepak saya lebih jauh September baru ni dan saya sgt teruja apabila pergi dan balik daripada Eropah. Tidak ramai orang mahu mendengar cerita saya atau tips yang saya nak berkongsi. Lebih banyak reaksi negatif drpd positif yg sy terima walhal sy pergi dgn duit sy sendiri dan masa sy sendiri, haha. Sy rasa boleh kategorikan diri sy sebgai backpacker separuh tegar kalau ikut artikel En. Khairul…
Saya akan sekali lagi ke Eropah pada Mac thn depan, In sha Allah, kali ni ke Rom. Saya ada impian nak tinggal di Eropah, silih berganti di tempat2 tertentu selama mana sy dibenarkan undang2, to explore and learn dan sudah tentu selama mana poket saya tidak bocor…hehe.

En. Khairul ada tips untuk saya buat demikian?

Cikgu Lin



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

ยฉ Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved