Saya tidurkan anak lebih awal malam ini sebab saya ada misi penting.
Buku Diari Superdaddy baru disiapkan oleh designer dan saya perlu baca dan pruf malam ini juga sebab minggu depan perlu dihantar kepada pencetak. Kalau tak maka tak sempat siap untuk pesta buku nanti.
Sambil-sambil semak tu saya screenshot beberapa mukasurat untuk kalian. Kulit buku juga telah dipilih berdasarkan pilihan kalian semua tempoh hari.
Buku ini tebalnya 330 mukasurat, lebih tebal dari buku yang biasa saya tulis sekitar 200 mukasurat sahaja. Ada kisah yang pernah kalian baca di sini dan ada “untold story” yang tak pernah saya cerita pada sesiapa.

Semuanya ada di dalam buku ini.
Dapatkanlah di PBAKL yang bermula pada 29 Mac nanti. Untuk yang tidak dapat hadir, saya akan buka tempahan online untuk naskah bertandatangan seawal 8 April nanti.
Jumpa nanti.







Leave A Reply