Abang hari ni mood baik. Takde dapat email atau mesej yang pelik-pelik. Semua email atau mesej yang masuk hari ni penuh dengan adab dan budi pekerti yang tinggi. Abang sungguh terharu sambil tersenyum sumbing di bucu katil ketika bangun tidur pagi tadi.
.
Alhamdulillah, ramai yang dah sedar dan berubah.
.
Jadi hari ni abang dah tak meroyan lagi. Abang lalui hari dengan penuh senyuman sambil melayan anak bermain bola. Hari ni abang teruskan kerja penulisan buku kedua abang yang tertangguh dan tetiba abang teringat satu cerita…yang lama jugak abang simpan.
.
Ceritanya begini.
.
Pada suatu pagi hari cuti yang agak dingin sekitar beberapa bulan yang lalu, abang bersama anak dan isteri berhajat melawat orang sakit di hospital. Setibanya di hospital, abang berpakat dengan isteri suruh dia tunggu dulu di bawah bersama anak, maklumlahkan budak-budak bawah 12 tahun mana boleh masuk ke dalam kawasan wad. Undang-undang hospital tulis macam tu. Kalau takde peraturan yang menghalang, abang pun nak jugak bawa Khaleef jalan tengok katil hospital sambil kenyit mata kat nurse yang comel-comel belaka tu.
.
Jadi abang pun naiklah dulu melawat sedara yang sakit tu dan tinggalkan isteri bersama anak. Selang dua tiga minit isteri abang pula naik. “Eh..Khaleef tinggal kat sape?” abang bertanya dan isteri menjawab yang Khaleef bersama pakciknya di bawah yang kebetulan baru sampai. Maka kami pun berhuhu dengan pesakit sekitar 10 minit sebelum meminta diri untuk pulang.
.
Ketika turun dan hendak keluar dari lif, abang perasan ada sorang abang sado ni hendak masuk ke dalam lif bersama 3 orang anak kecil berusia sekitar 5-9 tahun. Kakak guard tu cakap lah kat abang sado “Kanak-kanak tak boleh masuk cik” dengan penuh hemah. Abang sado cakap “Takpe saya nak bawak jugak anak naik” katanya dengan tegas.
.
Kakak guard pun cakap lagi “Tak boleh encik, budak-budak tak dibenarkan masuk sebab peraturan hospital macam tu” tambahnya lagi, namun abang sado berkeras mahu teruskan niat membawa anak-anaknya masuk ke dalam lif. Kemudian kakak guard bergerak ke hadapan pintu lif bagi menghalang abang sado bersama anak-anaknya masuk ke dalam lif namun ditepis dan diherdik dengan kasar oleh abang sado.
.
Kakak guard bertanya lagi “Kenapa encik nak kurang ajar dengan saya? Ini kerja saya” Abang sado tak peduli dan bercakap dengan nada yang tinggi yang saya tak faham, nak kata bahasa Melayu bukan, Tamil pun bukan, Mandarin pun tidak, Jerman jauh sekali sambil menepis kakak guard dan terus masuk ke dalam lif.
.
Abang yang berjalan perlahan baru melepasi pintu lif lalu berpatah balik dan terus tarik telinga abang sado seraya berkata “Encik! tak reti bahasa ke? Kan undang-undang tak benar budak-budak masuk ke wad?” ujar abang hensem dengan tegas sekali sambil menarik telinga abang sado yang terinjak-injak kesakitan sambil berjalan keluar dari lif dan diekori oleh anak-anaknya.
.
Ketika di depan lobi, abang pun mulakan mukadimah utuk sekolahkan abang sado tadi, tiba-tiba “Tingggg” bunyi pintu lif tertutup. Abang tersentak. Abang sado sudah hilang dari pandangan, yang ada cuma kakak guard yang sedih kerana sering dimarahi oleh orang ramai yang tak nak ikut peraturan. Nasib baik jugak abang hensem tak betul-betul tarik telinga abang sado tadi, kalau lah dia pusing dan luku kepala abang ni, maunya 3 hari 3 malam abang bingung dan terkesima. Besar seh otot-otot kat tangan dia.
.
Abang cuma mampu geleng kepala sahaja sebenarnya. Nak tarik telinga abang sado saiz gajah, memang abang tak berani lah ![]()
.
Abang bergerak menuju keluar mencari Khaleef dengan perasaan bercampur baur. Pertama bersyukur sebab tak sempat tarik telinga abang sado dan kedua pelik dan agak kagum dengan sifat dan sikap abang sado yang “dont give a damn about others” (sorry abang kalau marah memang cakap omputih) dan lepas tu ada abang sorang lagi yang bersifat, bersikap dan bertindak seperti abang sado jugak. Satu geng kot depa ni.
.
Apa gunanya peraturan dan undang-undang? Kesian kakak guard tu. Kerjayanya tidak dihormati langsung. Abang tumpang sedih.
.
Patutlah ada sorang pakcik guard hari tu kena pukul dengan 3-4 orang abang sado secara berjemaah, mungkin sebab dia tak bagi abang-abang tu masuk melawat gamaknya.
.
Hukum melawat orang sakit adalah sunat muakkad yakni sunat yang dituntut, jadi dapat pahala. Tetapi kalau kita dah langgar peraturan dengan jelas, anak-anak pulak bukan main lagi main aci sembunyi dan buat bising dan ganggu pesakit lain, maka kita dapat apa??
.
Kenapalah payah sangat orang-orang di tanah tumpah darah abang ni nak ikut peraturan atau undang-undang?
.
ENTAHLAH…I Dont Know.
.
Peraturan kecil pun dilanggar dan perbuatan tersebut ditonton pula oleh anak-anak, maka generasi 20 tahun akan datang sama sahaja macam abang sado.







Leave A Reply