• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Nasi Lemak 6 Ringgit

28/05/2018

“Dik, bagi nasi lemak kosong satu, taknak sambal bagai yer, budak nak makan” pesan saya.

“Telur mata tak nak bang?” tanya adik penjual.

“Bolehlah” balas saya.

“Nah bang, 6 ringgit bang” ujar beliau sambil menghulur bungkusan kecil nasi lemak tersebut.

“Gulp” telan liur.

Mohon doakan semoga nasi lemak tersebut sedap sesedap-sedapnya agar anak saya makan sehingga menjilat jari.

Fuhhhh…

++++++++++++++

UPDATE.

Nasi lemak 6 hengget tidak digemari oleh anak-anak.  Mungkin sebab diorang belasah sate dulu sebelum tu.  Jadi hakmilik dipindahkan kepada abah dia.

Namun abah dia dah beli nasi kerabu lauk daging dengan telur asin siap keropok bagai yang cuma rm8, jauh lebih bernilai dari nasi lemak tersebut.

Jadi abah dia rasa sikit-sikit.  Alah nasi lemak biasa sahaja, takde yang memikat atau memukau.  Namun abahnya bungkus balik dan simpan untuk sahur.

Bangun sahur, emaknya masak ikan siakap sweet sour.  Makk aiii, abahnya pulun.

Bila hendak balas komen di sini barulah abahnya teringat kat nasi lemak 6 hengget tu.

Dah terlambat.

#kisahbazaarramadan2018

Share

Blog  / Complaints  / Experience  / Foods

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved