• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Negaraku

30/08/2019

Aku tiap kali dengar lagu Negaraku, pasti aku bangun berdiri lepas tu air mata bergenang.  Entah kenapa.

Dulu waktu duduk oversea lagilah.

Asal ada Jalur Gemilang berkibar dan lagu Negaraku berkumandang aku menangis kot.  Duduk di tempat orang buat aku rasa lebih menghargai tanah tumpah darah aku ni.

Best macam mana pun tempat orang aku rasa rindu gila kat bumi Malaysia ni.  Di sini aku lahir, di sini tempat tinggal semua kawan aku, semua adik-beradik dan sanak saudara aku.  Tempat tinggal guru-guru aku, bos-bos aku dan segala yang berkait dalam hidup aku.

Di sini, di sebalik kesesakan dan kepenatan dalam rutin untuk survive hari demi hari terselit keindahan.  Di balik kepanasan membahang, di sebalik kesejukan akibat hujan berpanjangan terselit keharmonian.  Paling penting adalah kemakmuran dan aku boleh hidup dan kawan dengan sesiapa sahaja.

Jiran kiri aku Cina, jiran kanan India, jiran depan pun depa jugak, jiran tepi sebelah sana ada Melayu, jiran hujung ada mat salleh, yang dekat kepala simpang ada geng Indon dan yang paling hujung dekat playground ada geng Bangla.

Meriah oihh.

Guard di kawasan rumah aku geng Nepal.  Tiap-tiap hari depa panggil aku boss.  Sebab depa panggil aku boss (kat orang lain pun depa panggil boss jugak) jadi tiap minggu aku belanja depa apam balik dengan teh o ais.

Aku rasa bahagia di tanah tumpah darah aku ni.

Aku nak buat apa semua boleh, benda hat baik lah.  Benda jahat jangan dok buat.  Nak kerja, nak berniaga semua boleh.  Malaysia ni bumi bertuah, siapa rajin usaha dia akan dapat.  Siapa malas maka tunggulah orang datang suap.

Tukarlah kerajaan 16 kali pun tapi kalau aku malas aku tetap tak dapat apa-apa.  Jadi aku kena rajin, peluang banyak gila kot.  Orang Indon dan Bangla mai sini boleh jadi kaya raya, takkan aku yang lahir di sini tak boleh?

Begitulah.

Tiada negara yang perfect, pasti ada banyak kurang sana-sini.  Pasti ada masalah itu dan ini.  Pasti ada yang tak kena itu dan ini.

Aku teringat dialog Lakshmikant Chauhan dalam filem Padman.  Katanya hidup tanpa masalah seumpama anda tidak hidup.  Menyelesaikan masalah adalah perkara yang memberi anda kehidupan.

Dia tinggal di India, negara yang baginya penuh dengan masalah.

Namun masalah itu sebenarnya memberinya peluang.  Lagi banyak masalah bermakna lagi banyak peluang.  Peluang untuk menyelesaikan masalah merupakan peluang untuk berjaya dalam pelbagai bidang samada penciptaan, perniagaan dan sebagainya.

Lalu dia mengambil peluang, menyelesaikan masalah dan menjadi seorang yang sangat berjaya.

Begitulah.

Marilah kita hayati kemerdekaan ini dan berbanggalah menjadi seorang daripada 32.58 juta rakyat Malaysia di sebuah negara yang aman dan makmur.

Semoga Allah memberkati kehidupan kita semua di sini.

Kerana di sinilah lahirnya sebuah cinta.

Selamat Hari Merdeka.

KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy

Share

Blog  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved