Tadi abang keluar bersarapan bersama keluarga di sebuah restoran. Usai sarapan abang pun melangkah keluar melintas jalan ke petak parking. Sudah 6 langkah di tengah jalan dan mungkin sekitar 6 langkah sahaja lagi akan sampai ke kereta.
Tiba-tiba….
Sebuah Alza putih keluar dari selekoh dengan laju dan terus memecut di depan abang dengan jarak hanya lebih kurang 2 jengkal sahaja lagi hampir melanggar abang.
Abang terpana seketika. Di tangan kanan abang mengenggam erat pemegang (handle) baby car seat yang mana di dalamnya berbaring sebuah tubuh kecil yang baru berusia 14 hari.
Kalau abang masih belum melintas, abang pasti membiarkan Alza putih itu memecut laju, namun abang sudahpun melintas separuh jalan di hadapan kedai yang lebarnya cuma 12 kaki, patutnya pemandu Alza putih berkulit sawo matang dan abang pasti beragama Islam itu memperlahankan kenderaan dan membiarkan abang melintas terlebih dahulu kerana abang sudahpun di tengah jalan.
Lagipun beliau pasti nampak abang sedang menggendong sebuah baby carseat kecil yang boleh dilihat dengan jelas seorang bayi kecil di dalamnya.
Mana perginya sifat belas kasihan? Perikemanusiaan dan bertimbangrasa pada seorang lelaki Melayu yang agamanya adalah Islam??
Entahlah…abang dont know.
Abang takut satu hari nanti abang atau anak-anak abang, atau saudara mara abang atau kawan-kawan abang atau rakan-rakan FB abang yang membaca tulisan ini dilanggar ketika melintas ke petak parking kereta di bumi bertuah Malaysia ini.
Nauzu billahi min zalik.
……………………………………………………………
Dipikirkan balik, mungkin pemandu Alza tu marahkan abang sebab nak luku kepala dia usai solat Jumaat semalam.
Atau, mungkin dia nak terberak dan tak tahan dah.
Atau, mungkin juga dia memang tak nampak abang berdiri di tengah jalan tu.
Takpelah. Abang maafkan.







Leave A Reply