Lagi 2-3 minggu maka rambut aku akan mula mengurai. Walaupun tidak sekacak Abah KJ ataupun Brad Pitt tapi aku lebih rela begitu.
Bagi aku, melangkah masuk ke kedai gunting akan merisikokan kesihatan aku. Anak-anak aku kecik lagi, kalaulah apa-apa jadi dengan aku, kesian depa. Dah ler takde mak, silap-silap takde ayah pula nanti.
Aku cuba sehabis baik untuk tidak merisikokan nyawa aku.
Begitu juga kalian di luar sana. Kita ada keluarga, ada orang yang memerlukan kita. Jika berkeputusan perlu keluar juga, perlu memotong rambut juga maka ambillah langkah berjaga-jaga.
Kalau boleh bertahan, maka bertahanlah. Kalau tak tahan sangat beli sahaja trimmer dan uruskan sendiri rambut anda.
Bagi rakan-rakan barber yang terkesan, aku yakin ada ganjarannya untuk kesabaran anda ketika kehilangan mata pencarian di waktu sukar begini. Meneruskan kembali khidmat anda ketika wabak masih belum dapat dibendung ini sangat merisikokan.
Nyawa dan kesihatan anda dan kita semua lebih penting.
Stay at home.
Semoga Allah permudahkan.







Leave A Reply