Yer benar. Orang putih di Finland pun buka kasut sebelum masuk ke dalam rumah. Budak-budak sekolah pun masuk kelas bukak kasut juga. Kalau masuk bangunan awam tu mereka pakai kasutlah. Namun bila waktu musim sejuk bersalji, kasut atau but harus dicuci atau dibersihkan dari kekotoran dahulu sebelum masuk ke dalam bangunan.

Berus kasut yang diletakkan di kebanyakan pintu masuk bangunan.
Banyak lagi budaya bangsa di negara lain di dunia ini yang mengamalkan adab membuka kasut atau tidak memakai kasut di dalam rumah. Kalau di sebelah Asia ni memang hampir kebanyakan budaya di setiap negara tidak memakai kasut di dalam rumah.
Kalau di sebelah benua Amerika pula, hampir kebanyakan orang Kanada juga turut mengamalkannya. Namun paling banyak budaya membuka kasut ini di amalkan di negara Skandinavia seperti Finland, Sweden, Denmark, Iceland, Norway dan hampir kesemua negara di Eropah Timur seperti Bosnia, Latvia, Estonia dan banyak lagi.

Gambar di rumah orang Sweden apabila ada tetamu yang ramai. Kasut dibuka.
Di Jerman pula, ianya bergantung kepada tuan rumah. Ada yang megamalkannya dan ada yang tidak. Ketika saya bertamu ke kebanyakan rumah orang Jerman, semuanya menyuruh saya memakai kasut ketika saya cuba membukanya. Ramai orang Jerman yang terus memakai kasut ketika memasuki rumah saya namun selepas diminta untuk membukanya mereka akur. Ada seorang tetamu saya yang terus membuka kasut sebelum masuk ke rumah saya. Katanya dah biasa sebab di kampungnya di sebelah Jerman Timur memang adatnya membuka kasut sebelum masuk ke rumah.
Berlainan pula di Greece, Italy, France dan kebanyakan negara lain di sebelah Eropah Barat, kebanyakan mereka tidak mahu anda membuka kasut, mereka tidak mahu melihat kaki anda.
Kalau di Amerika kita boleh tengok dalam tv dan filem yang diorang memang pakai kasut dalam rumah. Di dalam kehidupan sebenar orang Amerika, ada ramai sebenarnya yang membuka dan tidak memakai kasut di dalam rumah.
Macam-macam lah kan.
Nota: Tidak memakai kasut yang diamalkan di barat tidak bermaksud berkaki ayam sepenuhnya. Kasut yang dipakai diluar rumah akan ditanggalkan di pintu dan kasut bersih akan dipakai. Musim panas mereka berkaki ayam namun apabila musim sejuk mereka memakai kasut lain yang khas di dalam rumah.
KHAIRUL ABDULLAH
© 2016 KHAIRUL ABDULLAH. Hakcipta Terpelihara







2 Comments
Syabas Tuan Khairul! Anda insan seni… drawing (LA) ,Photographing (Graphic Designer), Writting (Books & Blog). Anda hebat, yang paling hebat, You are Humble person.
Terima kasih Tuan. Saya amat menghargainya.