Bila nak out-station ni benda yang paling sukar nak buat adalah packing.
Aduhh, 14 tahun lamanya arwah isteri buatkan untuk saya. Padahal dulu zaman bujang boleh jer buat sendiri semuanya. Tetapi bila dah dimanjakan maka beginilah jadinya.
Bukan tak reti, tapi hilang punca.
Dulu kerap juga saya cuba buat sendiri, namun banyak komplennya. Itu tak bawak, ini tak perlu bawak, itu takde, ini takde jadi saya biarkan dia buat semuanya.
Magisnya, apa yang dia pack tu semuanya memang saya perlukan.
Bila tetiba rasa sakit perut, tengok dalam beg siap dah ada ubat. Plan taknak pakai tali leher, last minute kena pakai, tapi bila tengok ada jer dalam beg tu sudah standby.
Begitulah.
Hari ini saya blur sekejap.
Sementelah nak bawak semua anak pulak tu. Mana dulu nak buat ni. Baju anak-anak yang paling banyak. Belum masuk diorang punya susu, ubatan dan sebagainya. Takut ada yang terlepas pandang.
Dulu tak risau langsung.
Semuanya lengkap sahaja, nak apa semuanya ada. Sekarang semuanya kena buat sendiri.
Takpelah.
Bro cuba.
……………
Wahai kaum lelaki yang ada isteri tu bawak-bawaklah bersyukur dan berterima kasih bila ada orang tolong buat semua tu untuk kau.
Bila dah takde macam saya ni baru korang tahu.
Bantulah dan hargailah isteri anda sementara mereka masih ada.
.
KHAIRUL ABDULLAH
#diariseorangsuperdaddy







Leave A Reply