• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Pak Guard ITM Manjung

28/10/2018

Waktu kat ITM dulu ada seorang pak guard nama dia Tommy.  Semua bekas student Manjung pasti ingat dengan dia.

Orangnya besar, suaranya kuat, misainya melenting.

Garang baq hang.

ITM Manjung ni dulu adalah kawasan rumah kedai yang disewa, dipagar kelilingnya dan dijadikan kampus.  Asrama di atas dan kelas di bawah.  Best siot.  Kalau bangun lagi 5 minit sebelum kelas pun masih sempat tau.

Kami dulu selalu lepak kat kedai makan sampai lewat pagi layan movie bersama segelas teh tarik.  Nak masuk balik memang kena panjat pagarlah.

Satu malam tengah asyik layan movie tetiba terlihat kawan saya macam ada yang tak kena.

“Dee kau ok ke?”

“Aku tak bawak pam lah Rul.”

“Aduhhh hang pasaipa lupa benda penting tu.  Boleh tahan dak ni?”

“Tak boleh Rul, nak kena balik ni.”

Nah, kami pun beredar demi seorang kawan yang semput tapi tak bawak ubat sedut dia.

Seperti biasa, kami dah tahu “lubang” mana untuk masuk balik.  Setelah diperhatikan dan “line clear” maka saya menyuruh sahabat saya si Dee tu panjat dahulu sambil saya menolaknya agar lebih cepat.

Dia pun melepasi pagar dengan senyap dan jayanya.

Giliran saya pula panjat.

Sebab dah biasa, sessi memanjat tersebut hanya mengambil masa tak lebih dari 10 saat sahaja.

Terjun sahaja di sebelah sana.  Tiba-tiba.

“Jangan bergerak!” sambil lampu suluh menerangi tubuh kami yang sedang terkulat akibat terkejut sambil dihampiri oleh sosok tubuh yang besar.

Memang keras kaku sambil tangan mendepa pegang kad matrik dah macam tugu jadinya bila nampak muka Tommy.

Takut habaq hang.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya dah kena tangkap.

Saya dah tak ingat apa terjadi selepas tu.

Apa-apapun, kenangan di Manjung adalah paling best.

Perak di hatiku.

#doneclaimlagi

Share

Blog  / Nostalgia  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved