• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Pam Minyak, Tempat Letak Kereta & Sikap Pemandu Yang Paling Dibenci

01/06/2011

Awal-awal pagi saya sudah bengang dengan sikap sesetengah manusia yang pentingkan diri sendiri. Bagi mereka, tak kisahlah orang lain bersusah-payah asalkan mereka senang dan selesa. Kalau benda yang melibatkan harta benda mereka sendiri, “lantak pi lah”. Tetapi ini melibatkan kemudahan unuk orang awam yang lain. Jadi janganlah jadikannya “harta” mak bapak awak!.

Insiden 1

Saya berhenti di sebuah stesen minyak yang sibuk seperti biasa di NKVE setiap pagi, kadang-kadang untuk mengisi minyak dan kadangkala untuk membeli sarapan. Pagi tadi saya ingin mengisi minyak tetapi malangnya semua pam sedang digunakan kecuali pam RON97. Saya tidak berhasrat untuk membeli minyak yang mahal tersebut lalu saya pun beratur di belakang sebuah kereta yang sedang menggunakan pam RON95. Setelah beberapa minit berlalu, “manusia” ini masuk ke dalam kereta, dan setelah beberapa minit, kereta “manusia” ini tidak bergerak.

Saya memberi lampu isyarat untuk memberitahu yang saya ingin menggunakan pam tersebut. Malangnya, “manusia” tadi tak mau keluar. Beliau membuka pintu kereta lalu menunjukkan isyarat dengan tangan yang dia tidak akan keluar.

Lalu saya pun terpaksa berundur dan beratur di belakang kenderaan lain. Perkara sama berlaku, “manusia” ini sibuk bersembang dengan attendan pam yang sedang mencuci cermin belakang keretanya dengan gerak perlahan “slow motion”. Tidak sedikit pun beliau peduli yang kereta saya sudah beratur lama di belakangnya untuk menggunakan pam tersebut.

Setelah hampir 3 minit lebih beliau bergurau senda dengan attendan pam tersebut, manusia ini pun beredar dan saya terus masuk ke pam tersebut. Ketika keluar untuk membel minyak, saya perasan yang “manusia” di pam yang pertama tadi keluar untuk membeli barangan di kedai, sedangkan ada kenderaan lain selepas saya yang beratur di situ.

Pertanyaan saya.

Salahkah jika beliau keluar dari pam tersebut dan letakkan kenderaanya di tempat letak kereta yang disediakan?

Pertanyaan saya.

Di dalam kategori apakah kita harus melabelkan “manusia” seperti ini?

Insiden 2

Pusat membeli-belah pada hujung minggu merupakan tempat tumpuan semua orang untuk melepaskan tekanan, samada untuk menontong wayang, makan minum dan sudah pastinya membeli-belah. Seperti semua kita sedia maklum, untuk meletakkan kenderaan pada hujng minggu di shopping complex terutamanya, One Utama, Mid Valley dan KLCC ibarat mencari jarum di dalam jerami dan sekiranya anda mendapatnya, perasaanya adalah seolah-olah anda menang loteri. Betul tak?

Kadang-kadang kita terpaksa mengekori orang yang menjinjing beg plastik dengan andaian bahawa orang itu berjalan menuju ke keretanya dan ingin keluar. Apabila sampai di keretanya, orang tersebut memberikan isyarat yang dia tidak akan keluar. Kecewa kan? Tak apalah.

Tapi saya sangat geram dengan orang yang berlengah-lengah di dalam kereta. Kita dah berada di belakang keretanya dan memberikan lampu isyarat yang kita akan masuk ke petak parkir tersebut. Kita dah nampak dia memasukkan barangannya ke dalam but kereta. Kita dah nampak dia dan teman wanitanya, isterinya, atau keluarganya masuk dan menutup pintu kereta. Kereta lain juga sudah bersusun di belakang kita kerana menunggu untuk melepasi kita. Dan…kereta yang kita tunggu, masih belum keluar. Apa yang dapat kita lihat, beliau asyik bersembang dengan teman wanitanya, atau isterinya atau anak-anaknya. Beliau juga asyik melihat wajahnya di cermin sambil mengenakan gincu dan membetulkan rambutnya. beliau juga sibuk menyalakan rokoknyadan macam-macam perbuatan lain.

Pertanyaan saya.

Salahkah sekiranya beliau keluar dulu dari petak tersebut dan memberikan kepada orang yang lebih memerlukan dan seterusnya menghindarkan “que” yang panjang dan kesesakan di kawasan tersebut?

Pertanyaan saya.

Di dalam kategori apakah kita harus melabelkan “manusia” seperti ini?

Insiden 3

Saya memandu pulang ke kampung halaman hujng minggu lepas. Tidak terlalu laju, hanya 130kmj. Tidak seperti saya muda dahulu dimana kelajuan minimum saya ialah 160kmj. Berbekalkan 32 saman trafik, saya mengurangkan kelajuan saya kecuali pada masa-masa tertentu yang saya rasakan perlu.

Perkara yang paling saya tak suka apbila memandu ialah dengan adanya pemandu perlahan yang memandu di lorong paling kanan, iaitu lorong memotong. Tidak kisahlah anda berkereta Mercedez, BMW, Proton, Kancil dan sebagainya, sekiranya kelajuan anda di bawah 110kmj, pandulah di lorong tengah. Sekiranya kelajuan anda melebihi kadar tersebut maka beralihlah ke lorong kanan untuk memotong dan sekiranya ada kenderaan lain pula yang cuba memotong anda, berilah laluan. Tak payah lah berkeras hati nak kekal di lorong kanan, kononya anda memandu 110kmj dan itu adalah kelajuan maksimum, jadi anda di pihak yang benar, anda tidak salah untuk terus berada di lorong paling kanan.

Anda tidak tahu yang kenderaan yang cuba memintas anda itu perlu sampai ke destinasinya lebih cepat, mungkin untuk ke tandas, mungkin isterinya hendak bersalin, mungkin untuk menghadiri majlis pengebumian ayahnya dan sebagainya. Jangan cepat menghukum yang orang memandu laju di lorong kanan itu adalah orang yang berlagak, atau orang yang menyumbang kepada kemalangan, orang yang melanggar peraturan. Kita tidak tahu tujuannya.

Tidakkah anda tahu di Jerman, lebuhraya tanpa had laju (di sesetengah kawasan) mempunyai kadar kemalangan paling rendah di dunia? Pemandu laju bukanlah penyumbang kepada kemalangan. Pemandu yang lalai adalah penyumbang utama.

Bagi jalan persekutuan 2 lorong pula, pemandu perlahan adalah punca utama kemalangan. Dengan kelajuan di bawah 50kmj, trafik akan menjadi sesak dan kenderaan akan beratur panjang di belakang kenderaan yang amat perlahan tadi. Maka akan bermulalah episod potong memotong, akibat tidak tahan terhenjut-henjut di belakang. Bagi yang tidak cekap untuk mentafsir kelajuan kenderaan sendiri, jarak perlu diambil untuk memotong, ruang kosong untuk mencelah, maka..padahlah jawabnya.

Pertanyaan saya,

Salahkah jika pemandu perlahan ini memandu di lorong yang betul di lebuhhraya? Atau memandu dengan lebih laju di jalan persekutuan mengikut had laju ditetapkan?

Pertanyaan saya.

Di dalam kategori apakah kita harus melabelkan “manusia” seperti ini?

JAWAPAN SAYA

Tidak salah sekiranya “manusia” ini memikirkan nasib atau keperluan orang lain berbanding dirinya. Mungkin beliau ada masa untuk meletakkan kenderaannya di pam minyak dan pergi bersarapan di McDonald. Tetapi orang lain perlu menggunakan pam tersebut untuk mengisi minyak dengan segera kerana perlu cepat tiba ke tempat kerja.

Tidak salah sekiranya “manusia” ini cepat-cepat mengeluarkan kereta beliau dari parkir tersebut dan berhenti di tempat yang tidak mengganggu lalulintas untuk meneruskan hasrat beliau untuk berborak, mengenakan mekap ataupun merokok.

Tidak salah sekiranya”manusia” ini melajukan kenderannya dari 50kmj kepada 90kmj demi melancarkan lalulintas di belakannya. Sekiranya kenderaanya tidak mampu mencapai kelajuan tersebut, silalah rapat ke kiri dan beri kerjasama atau beri laluan kepada kenderaan lain untuk memotong anda.

Hidup haruslah bertolak ansur.

“Manusia” sebegini saya kategorikan sebagai mementingkan diri sendiri. Tak pedulikan orang lain, asalkan mereka senang, selamat dan selesa. Tak kisahlah orang lain nak jadi apa.

Adakah anda tergolong di dalam kategori tersebut? ENTAHLAH..I dont know..but i hope not!

signature

isi minyakmasalah tempat letak keretamekap dalam keretaone utama parkingpandu perlahan di lorong lajuparkingpetronas
Share

Blog  / Complaints  / Experience  / Lesson  / Peoples  / Places

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

17 Comments


Nini Hartini
01/06/2011 at 4:59 am
Login to Reply

perasaan yg sama juga saya rasakan. selalu bertanya pd diri sendiri, mereka ni tak ada sensitiviti ke? geramkan?

sedangkan saya, bila nmpk ada kereta lain yg sdg menunggu saya, mmg kelam-kabut saya nk settlekan urusan sy tu.

sbb tu rasa hairan bila jumpa manusia2 yg buat tak tau w.pn nmpk kita tunggu dia.

tp nk buat mcm mana kan? apa yg mampu andai kita berada disamping manusia2 xde perasaan ni kitalah kena nasihatkan @ tegur dia.



khairul abdullah
01/06/2011 at 6:07 am
Login to Reply

Nini Hartini,

Saya juga seperti anda, akan rasa bersalah sekiranya ada orang menunggu saya atau saya mengganggu orang lain untuk menggunakan kemudahan yang sama.

Sesetengah orang memang tidak ada perasaan sebegitu. Nak buat macamana kan?



Anonymous
01/06/2011 at 1:21 pm
Login to Reply

We all shld follow the Japanese attitudes …



khairul abdullah
01/06/2011 at 2:05 pm
Login to Reply

Yeah..we should.



Anonymous
02/06/2011 at 4:54 am
Login to Reply

Telekom

Setor ICT

Kiosk

Lobby

Kiosk

Bilik
TPU 1

Kiosk

v

Bilik
TPU 2

Bilik
Fail

Karu hang patut p starlight dia baru dia tau dia nyusahkan org ..



Faerie_Princess
02/06/2011 at 8:43 am
Login to Reply

sy penah jumpa jenis org yg mcm kat station minyak tu.. mmg geram sbb siap borak2 senang hati dgn attendant kat situ. attendant tu pun bukan buat apa pun.. cuci tingkap dh setel tp leh siap lepaking lak kat situ.. sy hon skali br ler nk stop.. tu pun jegil mata kat sy semcm, mcm le sy buat salah.



pinkjambu
19/08/2013 at 7:58 am
Login to Reply

salam En Khairul, seronok baca blog En Khairul, mula2 sebab saya search resepi roti jala, video yang best!

saya dgn suami pernah menunggu org mcm insiden kedua, masuk dlm kereta bersama isteri dan anak, mengambil masa manis menikmati ice cream tanpa rasa bersalah, bukan tak nampak banyak kereta menunggu! choyy sangat! hahaha..

lagi satu di atm machine, kemain keluarkan duit ‘together gader’ dengan boipren, dah keluar duit mengambil masa manis bergurau senda pula kat depan atm machine, hadeihh! belum masuk part potong queue.. sabar je lah..



    Khairul Abdullah
    19/08/2013 at 9:13 am
    Login to Reply

    W’salam Pink Jambu,

    Terima kasih kerana membaca blog saya.

    Inilah manusia2 yang mementingkan diri sendiri. Alhamdulillah kini saya tinggal di Jerman dan saya dah tak jumpa manusia2 seperti yang saya ceritakan di atas. Orang2 di sini sangat bertimbangrasa.

twin
27/02/2014 at 2:54 am
Login to Reply

Sangat bersetuju dengan artikel ini sbb selalu sangat menghadapi situasi sama. Apa nak jadi ye dengan orang2 kat sini?
Semalam, dek gara2 nak cepat isi minyak sebab dah ada orang queue, tsalah isi VPower pulak…adoyai..rugi je rasanya…dah lah minyak tgh mahal ni. Semuanya gara2 sbb tak nak “pentingkan diri”. Tapi adakah org lain akan lakukan perkara sama? Entahlah…. ha..ha…pinjam skrip!



    Khairul Abdullah
    28/02/2014 at 10:46 pm
    Login to Reply

    Ohhoiii…jangan amik saya punya tagline đŸ™‚

MszShashin Shi
10/09/2014 at 8:20 am
Login to Reply

mujurlah,sy tak sperti diatas,no1 – sy isi minyak dlu kemudian br parking utk beli barangan,begitu juga no2- sy akan suruh semua ahli keluarga cepat2 masuk supaya org xmenunggu lama,juga no3 – walau sy suka memandu di lorong kanan,sy pastikan sntiasa memandang cermin pdg belakang utk beri laluan kereta yg ingin memotong.



Azmarnizam Omar
22/12/2014 at 12:53 am
Login to Reply

First time baca blog bro…first time comment. Apa yang bro ckp memang betul. Really irritating bila it happened to you at that time.



Ayah Cu Bob
22/12/2014 at 1:44 pm
Login to Reply

Ia lebih pada sikap sesetengah manusia yang merasakan dirinya betul tanpa memikirkan kesan pada orang lain. Negara makin maju tapi sedih memikirkan sesetengah manusia tidak mahu maju dalam sikap dan tingkah laku.



Khairul Abdullah
22/12/2014 at 3:19 pm
Login to Reply

Awak memang terbaik. Saya suka sikap anda (Y)



Khairul Abdullah
22/12/2014 at 3:20 pm
Login to Reply

Indeed, saya tak faham jenis manusia yang tak considerate dan selfish ni.



Khairul Abdullah
22/12/2014 at 3:22 pm
Login to Reply

Saya rasakan sikap atau sifat ini adalah sangat berkait dengan pendidikan yang diterima samada di rumah dan disekolah dan juga faktor sekelilingnya. Sikap2 yang baik seperti bertolak ansur ini perlu diajar dan dipraktikkan sejak kecil lagi. Tak guna negara semakin maju tetapi rakyat semakin tidak bertimbangrasa.



zam
13/04/2015 at 7:36 am
Login to Reply

Saya tak bersetuju kereta yg bawa terlalu laju atas hiway. Dah la bawa laju, berlagak dan biadap pula tu. Bawa laju mcm hiway tu dia yg punya. Sy selalu kena time nak potong, tiba2 je ada keta dari blkg sibuk angkat lampu bajet power sgt. Padahal sblm tu kosong je. Lepas potong pandang kerek siap hon2 segala bagai lagi. Woi consider la org bkn bw keta power yg bole potong dgn pantas. Mesti ambil masa nak potong. Bygkn klu dia gagal membrek dan langgar sy yg penuh dgn famili ni. Sbb tu org tetapkan had laju. Nak cepat sgt pegi naik flight. Klu nak naik kereta ikutla had laju yg ditetapkan. Tak pun pergila ke hiway autobahn tu.



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved